Perbicaraan kes saman Zakir Naik terhadap Ramasamy panas

May 24, 2023 · Isu semasa

Suasana perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melibatkan pendakwah, Dr Zakir Naik dengan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Dr P Ramasamy menjadi panas hari ini.

Ketegangan berpunca apabila peguam kepada Zakir bertanya soalan kepada Ramasamy sama ada beliau seorang ateis (tidak mempercayai tuhan).

“Jangan hina agama saya (mendakwa) bahawa saya tidak percaya kepada tuhan,” bantah Ramasamy terhadap soalan dilontarkan peguam kepada Zakir, Akberdin Abdul Kadir menurut laporan BH.

Ramasamy berdepan saman dua saman fitnah yang dikemukakan Zakir sebelum ini.

Akberdin adalah peguam yang mewakili Dr Zakir Naik dalam dua saman fitnah yang difailkan terhadap terhadap Ramasamy.

Ketegangan itu berlaku sejurus beliau menanyakan soalan kepada Ramasamy sama ada beliau mengetahui “Erode Venkatappa Ramasamy”, disanjung sebagai “Periyar” atau “Thanthai Periyar”, pengasas Dravidar Kalagam (gerakan Dravidar), di Tamil Nadu.

Ramasamy menjawab, cabang gerakan itu wujud di Malaysia.

Beliau bagaimanapun, berkata beliau bukan ahli gerakan itu walaupun ada dipelawa berucap dalam majlis mereka.

Kemudian Akberdin bertanya sama ada beliau seorang ateis, memandangkan ahli gerakan itu tidak percaya kepada tuhan.

Peguam Ramasamy, Ragunath Kesavan, membantah, sambil menyifatkan soalan dikemukakan Akberdin tidak adil.

Akberdin menjelaskan bahawa beliau hanya membuat pertanyaan susulan terhadap testimoni Ramasamy terdahulu, yang mana beliau tidak percaya teks Hindu, dan beliau ada menggunakan perkataan “syaitan” untuk menggambarkan Naik sebagai jahat.

Hakim, Hayatul Akmal Abdul Aziz, kemudian mengarahkan peguam mengolah semula soalan dan tidak melabelkan saksi.

Dalam pemeriksaan balas, Ramasamy berkata, beliau tidak mempunyai pilihan tertentu berkunjung ke rumah ibadat Hindu, namun secara kebiasaannya berkunjung ke kuil Murugan.

Ramasamy tidak bersetuju bahawa beliau menyerang Naik di media semata-mata bagi mendapatkan kelebihan politik, sebaliknya kerana beliau percaya kepada tuhan atau berminat mempertahankan kepercayaan Hindu.

Beliau mengakui memanggil Naik sebagai “penipu”, “pelarian”, “pengecut”, dan “pengganas”.

Akberdin: Apa justifikasi anda memanggil Naik seorang penipu?

Ramasamy: Kerana beliau mencetuskan kekecohan di negara ini dan mengancam penganut Hindu dan bukan Muslim.

Pada Oktober dan Disember 2019, Naik memfailkan dua saman berasingan mendakwa Ramasamy mengeluarkan lima kenyataan yang mana memfitnahnya.

Beliau menyaman Ramasamy kerana dakwaan mengeluarkan kenyataan seperti itu, yang mana dimuatnaik di media sosial dan portal berita, antara 2016 dan 2019.

Dalam pernyataan tuntutan, beliau mendakwa Ramasamy memfitnahnya, pada 10 April 2016, dengan memanggilnya “syaitan” dalam laman Facebook miliknya.

Zakir yang bertaraf Penduduk Tetap, berkata Ramasamy memfitnahnya dalam satu lagi kenyataan diterbitkan FMT, pada 1 Oktober 2017, dengan mendakwa Malaysia melindungi apa didakwanya sebagai pelarian dari India.

Beliau juga mendakwa pada 11 Ogos 2019, Ramasamy “memanipulasi” ucapannya dibuat pada satu majlis dianjurkan kerajaan Kelantan, diterbitkan FMT, pada hari sama.

Pada 20 Ogos 2019, beliau berkata, Ramasamy sekali lagi memfitnahnya dalam kenyataan diterbitkan India Today, yang didakwanya, mengandungi kebencian.

Saman kedua Naik terhadap Ramasamy dibuat kerana mendakwa defendan memfitnahnya apabila mengulas berhubung kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE), yang disiarkan portal The Malaysian Insight, pada 8 Nov 2019.

Pendengaran ditangguhkan kepada Jumaat.

Berita berkaitan
Zahid bawa UMNO tumpang rezeki DAP: Wan Saiful
5 jam lalu· Politik
DAP dan PKR dijemput ke Perhimpunan Agung UMNO, kata Asyraf Wajdi
6 jam lalu· Politik
UMNO, DAP, PKR alliance – Towards marital bliss or total disaster?
June 1, 2023· Rencana
Saman Jason Lo terhadap Bernama ditolak Mahkamah Tinggi
May 31, 2023· Isu semasa
Popular
Isu air: PMX sahkan permohonan awal RM8 bilion oleh kerajaan Kelantan ditolak
June 1, 2023
Kerajaan perlu dedah semua laporan dalam skandal projek LCS, gesa C4
June 1, 2023
Ringgit jatuh, MP Bachok kata kerana tiada Menteri Kewangan sepenuh masa
June 1, 2023
Anwar nafi jadi punca kejatuhan nilai ringgit
June 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Jho Low : Agensi keselamatan Macau kecam SPRM
19 minit lalu · Isu semasa
PN hantar 3 soalan untuk Anwar jawab di Parlimen
2 jam lalu · Isu semasa
PN bawa usul berkait kalimah ALLAH ke Parlimen
5 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan perlu dedah semua laporan dalam skandal projek LCS, gesa C4
June 1, 2023 · Isu semasa
Ringgit jatuh, MP Bachok kata kerana tiada Menteri Kewangan sepenuh masa
June 1, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan Nasional tak serang peribadi saya macam PH-UMNO
22 jam lalu
[VIDEO] Khairy akan bertemu Muhyiddin dalam masa terdekat
23 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok