Perbicaraan kes saman Muhyiddin terhadap Puad ditetapkan pada Ogos

February 16, 2023 · Isu semasa

Mahkamah menetapkan 14 Ogos sebagai tarikh perbicaraan berhubung kes saman mantan Perdana Menteri Kelapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) sebelum ini menyaman Puad, pengikut setia Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi itu berhubung tuduhan fitnah perintah kuarantin yang dilaksanakan kerajaan semasa penularan pandemik Covid-19 sebelum ini.

Peguam bela Mohd Puad, Shahrul Fazli Kamarulzaman, berkata tarikh berkenaan diputuskan oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Haslinda A Raof, ketika pengurusan kes secara dalam talian hari ini.

“Ketika pengurusan kes itu, ada permohonan defendan (Mohd Puad) untuk meminda pernyataan pembelaan berkenaan kandungan 58, manakala plaintif (Muhyiddin) memohon meminda pernyataan tuntutan berkenaan kandungan 61.

“Pendengaran kandungan terbabit akan didengar pada jam 9 pagi, 11 April ini menerusi aplikasi Zoom,” katanya dipetik laporan BH.

Selain Shahrul Fazli, Mohd Puad diwakili peguam, Intan Hanis Afiqah Razali manakala Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) diwakili peguam, Tan Chee Khoon.

Menerusi writ saman yang difailkan dalam kapasiti peribadi, Muhyiddin mendakwa pada 8 Februari tahun lalu, Mohd Puad menerbitkan satu hantaran di laman Facebook di bawah nama ‘Dr Puad Zarkashi’ bertajuk ‘Kuarantin pun ada dua darjat?’.

Pengerusi PN itu mendakwa hantaran itu boleh diakses oleh pengguna internet di seluruh dunia dan menerima 1,200 reaksi, 215 komen serta 182 perkongsian.

Hantaran itu merujuk kepada ‘PM’ yang adalah singkatan kepada Perdana Menteri dan mengandungi kenyataan tidak benar, tidak wajar, tidak berasas, jahat serta memfitnah beliau.

Muhyiddin mendakwa, kenyataan itu membawa maksud bahawa beliau dan rombongannya enggan menjalani kuarantin selama 10 hari selepas mereka pulang dari lawatan rasmi ke Jakarta, Indonesia.

Berita berkaitan
Stop the lies and hypocrisy, please
5 jam lalu· Rencana
UMNO diramal hilang separuh sokongan akar umbi, kata KJ
7 jam lalu· Politik
Kes sedang dalam perbicaraan minta digugurkan, ini kerajaan luar tabii: Razali
19 jam lalu· Politik
Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
May 28, 2023· Politik
Popular
Zahid mahu SKMM ambil tindakan terhadap Telegram
May 29, 2023
Projek Aerotropolis: Sanusi kata susah betul nak dapat jumpa PMX
May 29, 2023
Raja Arshad dilantik sebagai Pengerusi baharu PNB bermula 1 Jun
May 29, 2023
Kerajaan perlu telus, banyak persoalan LCS belum terjawab : TI-M
May 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
LCS: Anwar cakap tak serupa bikin
7 jam lalu · Isu semasa
Menu Rahmah berjaya turun inflasi harga makanan, kata Salahuddin
8 jam lalu · Isu semasa
Ringgit ditutup rendah, harga minyak juga jatuh
9 jam lalu · Isu semasa
Projek Aerotropolis: Sanusi kata susah betul nak dapat jumpa PMX
9 jam lalu · Isu semasa
Raja Arshad dilantik sebagai Pengerusi baharu PNB bermula 1 Jun
9 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan jentera PRN Perikatan Nasional N24 Jeneri
35 minit lalu
[VIDEO] Malaysia Madani gagal, Anwar jadi PM buat apa pun tak jadi
2 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok