Perbicaraan kes RM2.28 bilion dana 1MDB Najib disambung 5 Julai

June 30, 2021 · Isu semasa

Perbicaraan rasuah berhubung dana RM2.28 bilion 1Malaysia Development Berhad (1MDB) melibatkan Datuk Seri Najib Razak yang sepatutnya bermula semalam ditangguhkan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) penuh dan akan disambung pada 5 Julai (Isnin) ini.

Menurut laporan Malaysiakini, penangguhan perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur itu disahkan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib yang berkata mahkamah telah mengosongkan tarikh perbicaraan minggu ini dan akan disambung pada 5 Julai.

Terdahulu, sepatutnya hari ini berlangsung perbicaraan kes tersebut selepas ia ditangguhkan sebelum ini ekoran penangguhan akibat PKP.

Untuk rekod, mengikut pelaksanaan PKP, perbicaraan kes jenayah secara terbuka tidak dibenarkan.

“Kami menerima e-mel petang semalam yang memaklumkan bahawa kes ini telah dikosongkan minggu ini.

“Jadi mengikut jadual, tarikh berikutnya adalah pada 5 hingga 8 Julai,” katanya dipetik berkata portal tersebut.

Kali terakhir didengar di hadapan hakim Collin Lawrence Sequerah pada 27 Mei.

Najib, 68, berhadapan dengan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya bagi mendapatkan rasuah berjumlah RM2.28 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.

Melalui keterangan yang diberikan semasa prosiding terakhir, saksi pendakwaan ke-10 dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Mohd Hazem Abdul Rahman mendakwa bahawa lembaga pengarah 1MDB “bersandiwara” mengenai dana milik UMNO di luar negara.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Barang mewah bernilai RM80 juta sah dipulangkan semula kepada Najib dan Rosmah
21 jam lalu· Isu semasa
Pinda laporan 1MDB: Najib bela diri atau bebas diketahui 30 Januari
November 15, 2022· Isu semasa
Najib belanja RM1.2 juta di hotel Trump pada 2017, pilih bilik mewah
November 15, 2022· Isu semasa
Saya terima elaun 1MDB lebih RM500,000, kata Irwan Serigar
November 14, 2022· Isu semasa
Popular
Laporan Utusan juga sahkan Najib kini berada di hospital bukan penjara
December 1, 2022
UEC tak ikut Akta Pendidikan 1996, kenapa harus diiktiraf? Kok Seong
November 30, 2022
Polis siasat video tular lagu kebangsaan dikibar bersama bendera Israel
December 1, 2022
Barang mewah bernilai RM80 juta sah dipulangkan semula kepada Najib dan Rosmah
December 1, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Laporan Utusan juga sahkan Najib kini berada di hospital bukan penjara
8 jam lalu · Isu semasa
Kes Rosmah gagal isytihar pendapatan kepada LHDN dibicara Mei tahun depan
13 jam lalu · Isu semasa
Polis siasat video tular lagu kebangsaan dikibar bersama bendera Israel
13 jam lalu · Isu semasa
Covid: Kematian semalam tertinggi sejak April, 1,737 kes baharu
16 jam lalu · Isu semasa
Syor peranan PM lantik anggota Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman dimansuh
November 30, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ceramah umum pertama BN-PH hambar, tiada sepatah ‘penyamun’ disebut Mat Sabu
23 jam lalu
[VIDEO] Ahmad Said selar pengundi muda, dakwa disogok PAS
November 30, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok