Perbicaraan kes jenayah seksual Ebit Liew ditetapkan 1-5 Ogos

April 22, 2022 · Isu semasa

Perbicaraan kes jenayah seksual melibatkan pendakwah bebas, Ebit Irawan Ibrahim Lew atau dikenali sebagai Ebit Lew ditetapkan pada 1 sehingga 5 Ogos depan.

Tarikh perbicaraan itu diumumkan Mahkamah Majistret Tenom, Sabah dan turut membenarkan permohonan bagi menjalankan perbicaraan untuk 11 pertuduhan itu secara bersama.

Majistret Nur Asyraf Zolhani semasa mengumumkan tarikh perbicaraan tersebut berkata Ebit didakwa atas 11 pertuduhan membuat hantaran gambar dan perkataan lucah bermaksud mengaibkan kehormatan mangsa melalui aplikasi Whatsapp antara Mac hingga Jun 2021.

Pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun dengan denda, atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu, pendakwaan mengemukakan permohonan bagi menjalankan perbicaraan 11 pertuduhan itu secara bersama kerana bukti dan saksi bagi kesemua pertuduhan saling berkaitan.

Peguam mewakili Ebit, Ram Singh tidak mengemukakan sebarang bantahan kepada permohonan itu selagi ia membabitkan seorang pengadu.

Kes dikendalikan oleh Pengarah Pendakwaan Negeri, Muhammad Ilmami Ahmad dan Timbalan Pendakwa Raya Azreen Yas Mohammad Ramli.

Ebit Lew turut diwakili Peguam Kamaruddin Mohmad Chinki dan Timothy Daud.

Berita berkaitan
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024· Politik
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024· Politik
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Iklan ‘duit raya’ GDBET333 dinyahaktif
April 16, 2021
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok