Perbicaraan kes dadah penyanyi nasyid, Yasin pada Mac

August 22, 2022 · Isu semasa

Penyanyi nasyid dan komposer, Yasin Sulaiman akan dibicarakan pada Mac tahun depan berhubung tiga pertuduhan dadah dihadapinya.

Penetapan tarikh perbicaraan itu dibuat Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini dengan dijadualkan bermula pada 6 hingga 10, 13 hingga 17, 20 hingga 24 Mac tahun depan.

Peguam Yasin, Ariff Azami Hussein mengesahkan keputusan tarikh perbicaraan yang ditetapkan oleh mahkamah hari ini.

“Walaupun kita telah cuba seawal mungkin namun kami percaya bahawa mahkamah juga ada keutamaan dan juga ada susunan susur atur kes yang lebih lama selain kes Yasin.

“Jadi kami menghormati keputusan mahkamah itu,” katanya dipetik laporan Astro Awani.

Terdahulu semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya Mohd. Asnawi Abu Hanipah memaklumkan telah menyerahkan dokumen-dokumen berkaitan kes kepada pihak pembelaan dan ketiga-tiga kes dibicarakan bersama.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 4 Oktober ini untuk pengurusan kes seterusnya sebelum perbicaraan bermula.

Pada 6 Julai lalu, pihak pendakwaan memaklumkan bahawa pertuduhan mengedar ditarik dan Yasin dituduh dengan pertuduhan baharu iaitu memiliki dadah seberat 193.7 gram.

Mengikut pertuduhan baharu itu, Yasin didapati dalam milikannya dadah berbahaya jenis kanabis seberat 193.7 gram di sebuah kondomonium di Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, PJU 3, Kota Damansara di sini pukul 5.30 petang pada 24 Mac lalu (2022).

Yasin yang mengaku tidak bersalah didakwa mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun dan juga boleh dikenakan hukuman sebat tidak kurang 10 sebatan jika sabit kesalahan.

Berita berkaitan
Saksi beritahu Jho Low hadir mesyuarat di kediaman Najib
October 5, 2022· Isu semasa
Pelakon drama popular didakwa di mahkamah muat naik kandungan sumbang
October 4, 2022· Isu semasa
Firdaus Wong lihat tangkap layar mesej lucah didakwa dihantar Ebit Lew
September 30, 2022· Isu semasa
Kes saman serangan seksual, Yusoff Rawther fail rayuan
September 30, 2022· Politik
Popular
Kes libat Syed Saddiq lebih berat daripada Rosmah, SRC: Pendakwaan
October 6, 2022
Kenyataan Istana Negara tak sebut pembubaran Parlimen
October 6, 2022
PM menghadap Agong 45 minit
October 6, 2022
UMNO nak PRU masa banjir, Agong tinjau persediaan banjir
October 6, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Guna 16.3% hasil negara bayar faedah hutang membimbangkan
9 jam lalu · Isu semasa
Kenyataan Istana Negara tak sebut pembubaran Parlimen
9 jam lalu · Isu semasa
Kutipan cukai individu 2021 jatuh RM11 bilion: Ketua Audit Negara
10 jam lalu · Isu semasa
Rakyat terbeban, harga barang naik lagi tapi UMNO galak nak PRU juga
10 jam lalu · Isu semasa
PM menghadap Agong 45 minit
11 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Menteri PN peduli rakyat, hantar petisyen tangguh PRU15
11 jam lalu
[VIDEO] Perkukuh ukhwah, tolak usaha pecah belahkan PN
19 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok