Perbicaraan jenayah seksual Da’i Syed ditangguh, saksi tak hadir

April 20, 2022 · Isu semasa

Perbicaraan kes pendakwah selebriti Da’i Syed yang didakwa atas dua pertuduhan melibatkan jenayah seksual di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya di sini ditangguhkan ke Mei ini setelah saksi yang juga mangsa dalam kes itu tidak hadir pada prosiding hari ini.

Timbalan Pendakwa Raya Norhashimah Hashim memaklumkan kepada Hakim Jamaludin Mat mengenai ketidakhadiran saksi itu dan memohon tarikh perbicaraan selama lapan hari pada April dilapangkan sebelum perbicaraan bermula 17 Mei, lapor Bernama.

Peguam Syed Amirul Syed Edros yang mewakili Da’i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful, tidak membantah permohonan itu.

Mahkamah membenarkan permohonan itu dan menetapkan 17 Mei untuk tarikh perbicaraan seterusnya.

Mangsa yang merupakan seorang penuntut sebuah kolej swasta berusia 24 tahun sepatutnya hadir bagi memberi keterangan selaku saksi pendakwaan pertama dalam perbicaraan kes Syed Shah Iqmal, 27.

Pada 10 Dis 2020, Syed Shah Iqmal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan melakukan persetubuhan di luar tabii terhadap wanita berumur 22 tahun (ketika itu), di rumah sewa tertuduh di Damansara Perdana di sini, antara 3 hingga 4 pagi, 17 Okt 2020.

Dia didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Sementara itu pada tarikh sama di Mahkamah Majistret, Syed Shah Iqmal turut didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa sama dengan maksud untuk mencabul kehormatannya, pada tarikh dan lokasi sama.

Pertuduhan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.

Pada 19 Mac 2021, Mahkamah Majistret membenarkan kes cabul yang dihadapi tertuduh dipindahkan ke Mahkamah Sesyen, untuk dibicarakan bersama.

Berita berkaitan
Kalimah Allah: Titah Sultan Selangor bermakna kerajaan belum rujuk Majlis Raja-Raja
June 8, 2023· Isu semasa
Anak saudara Sivarasa bebas tuduhan rasuah
June 8, 2023· Isu semasa
1MDB dapat kebenaran teruskan saman terhadap rakan sekutu Jho Low
June 7, 2023· Politik
PMX diminta bawa bincang isu kalimah Allah ke MKI terlebih dahulu, titah Sultan Selangor
June 7, 2023· Isu semasa
Popular
SPRM sahkan beku akaun bekas menteri kanan dalam siasatan dana RM2.3 bilion
June 9, 2023
Sanusi mohon perintah mahkamah tentukan skop pengampunan Anwar
June 9, 2023
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
June 9, 2023
Tiada lagi subsidi ayam dan telur pada 1 Julai: Mat Sabu
June 8, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
10 jam lalu · Isu semasa
Khidmat Nor Shamsiah tak disambung, Shaik Abdul Rasheed jadi Gabenor baharu 1 Julai
10 jam lalu · Isu semasa
Bank Negara jangka ringgit tak cecah paras RM5 berbanding dolar
10 jam lalu · Isu semasa
40 beg tangan 1MDB akan dilelong : Azalina
11 jam lalu · Isu semasa
UMNO kena ‘move on’, tak perlu gesa DAP minta maaf: PKR
12 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Zahid sebak laungan bebas Bossku bergema depan Anwar
14 jam lalu
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
June 8, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok