Perbicaraan Akalbudi, Zahid dakwa setiausaha cuai buat bayaran kad kredit

May 23, 2022 · Isu semasa

Setiausaha Eksekutif Yayasan Akalbudi, Mejar Mazlina Mazlan @ Ramly didakwa cuai dalam membuat transaksi pembayaran kad kredit milik bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Zahid dalam perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas kesalahan pecah amanah hari ini mempersoalkan berhubung pembayaran kad kreditnya yang kadang-kadang dibayar tidak konsisten dibuat oleh Mazlina tetapi yang didakwa dirinya pula.

“Inilah, saya sendiri tidak faham. Kenapa bayar lebih dan kadang-kadang bayar kurang (pembayaran kad kredit).

“Ertinya ini cuai. yang kena saya. Adakah ini satu keadilan?” kata Zahid semasa menjawab soalan peguam belanya, Datuk Ahmad Zaidi Zainal.

Zaidi terdahulu bertanya kepada Zahid berhubung transaksi lebihan dan kekurangan pembayaran kad kredit menggunakan duit yayasan yang dibuat oleh Mazlina.

Jelas Zahid lagi, tindakan yang dibuat oleh Mazlina adalah diluar pengetahuan beliau, malah sekiranya mengetahui lebih awal beliau akan bertindak menghentikan perbuatannya itu.

“Sebagai banker yang terlatih dan berpengalaman, sekiranya saya tahu Mazlina berkelakuan sebegini, saya tidak akan beri kebenaran dan akan menghentikan perbuatannya serta merta.

“Mazlina sendiri tidak pernah menyerahkan dan menunjukkan kepada saya sebarang penyata kad kredit bulanan dan cek dikeluarkan olehnya. Sekiranya penyata kad kredit bulanan dan cek itu diserahkan atau ditunjukkan kepada saya, saya tidak akan memberi kebenaran terhadap pembayaran itu.

“Begitu juga penyata bank bulanan peribadi milik saya dan Yayasan Akalbudi tidak pernah ditunjukkan kepada saya walaupun telah diminta daripada Mazlina. Saya ingin menegaskan bahawa saya akan menghentikan perbuatan Mazlina sekiranya mengetahui beliau mengeluarkan pembayaran secara lebihan dan pembayaran yang kurang bagi tujuan pembayaran kad kredit saya,” katanya lagi.

Zahid berdepan 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya melibatkan pecah amanah, lapan pertuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram, membabitkan berpuluh-puluh juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.

Pada 24 Jan lepas, mahkamah memerintahkan Zahid membela diri terhadap kesemua pertuduhan selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie.

Perbicaraan sedang berlangsung di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah.

Berita berkaitan
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024· Politik
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024· Isu semasa
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
Popular
Dewan Rakyat: MP DAP harap pekebun durian di Raub diberi geran tanah
June 13, 2023
Banjir kilat di beberapa kawasan di Balik Pulau
July 1, 2023
Jangan berhimpun Rabu ini: Amaran polis
June 28, 2021
Netizen persoal isu ‘roadtax’, MyJPJ jika bawa kenderaan orang lain
February 10, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Sekarang siapa jadi kerajaan, Muhyiddin kritik isu kejatuhan ringgit
February 24, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok