Perbicaraan 47 kes pertuduhan Zahid ditangguh 5 Ogos

Perbicaraan hujahan secara lisan berhubung 47 kes pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram yang dihadapi Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ditangguh pada 5 Ogos depan, kata peguamnya.

Peguam Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Zahid dipetik berkata tarikh baharu perbicaraan tersebut diputuskan Hakim Mahkamah Tinggi Collin Lawrence Sequerah semalam, ia akan bersambung pada 5, 6, 9, 11, 13 and 24 Ogos nanti.

Sebelum ini, mahkamah menetapkan 28 hingga 30 Jun serta 1 dan 2 Julai untuk kedua-dua pihak berhujah secara lisan sebelum mahkamah memutuskan sama ada membebaskan Zahid daripada 47 pertuduhan itu atau memerintahkannya membela diri.

Jika pasukan pendakwaan berjaya membuktikan wujud kes prima facie terhadap Presiden UMNO itu, beliau perlu membela dirinya terhadap semua pertuduhan tersebut, kata Hisyam dipetik portal berbahasan Inggeris The Edge Markets.

Pasukan pendakwa raya diketuai, Datuk Raja Rozela Raja Toran.

Zahid berdepan 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan jutaan ringgit dana Yayasan Akalbudi.

Pada Mac lalu, pihak pendakwaan menutup kes selepas 99 saksi selesai memberi keterangan dalam perbicaraan selama 53 hari di Mahkamah Tinggi.

BERITA BERKAIT
POPULAR