Perbicaraan 40 tuduhan rasuah Zahid disambung 5 Julai

June 23, 2021 · Isu semasa

Perbicaraan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang berdepan 40 tuduhan rasuah membabitkan nilai keseluruhan lebih SG$13.56 juta (kira-kira RM41.765 juta) berkaitan Sistem Visa Luar Negara (VLN), akan bersambung pada 5 hingga 7 Julai di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Sebelum ini mahkamah menangguhkan perbicaraan kes itu susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 – sekatan penuh pergerakan (SPP) atau ‘total lockdown’.

Kali terakhir kes itu disebut adalah pada Mei lalu.

Bernama memetik kenyataan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Raja Rozela Raja Toran sebagai berkata pada perbicaraan 5 hingga 7 Julai ini pihaknya akan memanggil semula saksi pendakwaan ketiga dan dua lagi saksi baharu untuk memberi keterangan.

Kes itu sepatutnya ditetapkan untuk sambung bicara selama lima hari sepanjang minggu ini, di hadapan Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa namun ditangguh berikutan PKP 3.0.

Zahid, 68, berdepan 33 pertuduhan menerima suapan berjumlah SG$13.56 juta daripada syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) sebagai dorongan untuk dirinya, sebagai seorang pegawai badan awam iaitu Menteri Dalam Negeri, melanjutkan kontrak syarikat itu sebagai pengendali Perkhidmatan One Stop Centre (OSC) di China dan Sistem VLN serta mengekalkan kontrak perjanjian untuk membekalkan sistem bersepadu VLN kepada syarikat sama oleh KDN.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di Seri Satria, Presint 16, Putrajaya dan di Country Heights, Kajang antara Oktober 2014 dan Mac 2018.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 16 (a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Bagi tujuh lagi pertuduhan, Ahmad Zahid didakwa sebagai menteri sama telah mendapatkan untuk dirinya wang tunai SG$1,150,000, RM3,000,000, EURO15,000 dan US$15,000 tanpa balasan daripada UKSB yang mempunyai hubungan dengan kerja rasmi beliau.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di Country Heights antara Jun 2015 dan Oktober 2017 serta dituduh mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Zahid lulus tiga projek di Tioman, DAP pun sokong juga?
7 jam lalu· Politik
Bukti rakaman suara Najib dibantah peguam bela, dakwa kedudukan anak guam terjejas
9 jam lalu· Isu semasa
Zahid masih tak insaf kalah teruk, kini dakwa DAP akur syarat UMNO tetapkan
10 jam lalu· Politik
Hantaran FB perkahwinan PH-BN, Saifuddin Nasution kini malu-malu pula
13 jam lalu· Politik
Popular
Selepas Anwar lantik diri jadi Menteri Kewangan, ketua setiausaha perbendaharaan dicutikan?
December 6, 2022
Anak dan menantu dilantik dalam syarikat senarai awam selepas Zahid jadi TPM
December 5, 2022
Mat Sabu tak umum harga baharu telur ayam, tapi umum akan import telur
December 6, 2022
Bukti rakaman suara Najib dibantah peguam bela, dakwa kedudukan anak guam terjejas
December 6, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Selepas Anwar lantik diri jadi Menteri Kewangan, ketua setiausaha perbendaharaan dicutikan?
9 jam lalu · Isu semasa
Mat Sabu tak umum harga baharu telur ayam, tapi umum akan import telur
9 jam lalu · Isu semasa
Mahkamah tolak permohonan Najib ketepikan injunksi Mareva
13 jam lalu · Isu semasa
1,576 kes baharu, tiga kematian
20 jam lalu · Isu semasa
Anak dan menantu dilantik dalam syarikat senarai awam selepas Zahid jadi TPM
December 5, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tuan Ibrahim di ceramah PRK Tioman
2 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Peja di ceramah PRK Tioman
3 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok