Perbicaraan 1MDB tangguh, Najib cirit birit

May 9, 2023 · Isu semasa

Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak dilaporkan tidak dapat hadir ke mahkamah bagi perbicaraan kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hari ini susulan mengalami masalah cirit birit sehingga terpaksa dirujuk kepada pakar di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Perkara itu disahkan Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Penjara Kajang, Dr Mohd Hafiz Mohd Hoshni yang dipanggil dalam prosiding hari ini bagi memberikan penjelasan mengenai keadaan Najib.

Ketika disoal oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib, Dr Mohd Hafiz  berkata beliau dimaklumkan oleh pembantu pegawai perubatan keadaan Najib mengalami cirit birit pada jam 7.15 pagi tadi.

Beliau kemudian berjumpa Najib yang mengadu sakit perut, loya dan ke tandas empat kali untuk membuang air besar.

“Kemudian saya memberikan ubat kepada Datuk Seri, bagaimanapun selepas 10 minit keadaan beliau masih tidak berubah. Saya buat pemeriksaan dan dapati beliau turut mengalami kekurangan air dan sedikit demam dengan suhu 37.8 Celcius.

“Saya merujuk Datuk Seri kepada pakar di HKL dan beliau dibawa ke sana pada jam 9.30 pagi. Ketika itu beliau kelihatan penat, lesu dan kekurangan air.

“Pakar di HKL memberikan cuti sakit selama dua hari…beliau tidak cergas untuk menghadiri perbicaraan di mahkamah kerana perlu diberi ‘drip‘ yang dimasukkan dalam saluran darah dan tidak mampu berdiri sebab duduk terlalu lama,” katanya, lapor BH.

Ketika menjawab soalan peguam bela Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, Dr Mohd Hafiz berkata Najib yang didapati mengalami cirit birit sejak semalam dirujuk ke HKL bagi mendapat rawatan yang lebih baik.

Hakim Mahkamah Rayuan yang bertindak selaku hakim Mahkamah Tinggi Datuk Collin Lawrence Sequerah kemudiannya menangguhkan perbicaraan hari ini dan esok dan prosiding akan bersambung Khamis ini.

Najib, 69 menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dalam dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang yang sama.

Berita berkaitan
Ekstradisi Jho Low rumit, mencabar : MCW
June 4, 2023· Isu semasa
China mungkin tidak benarkan Jho Low balik Malaysia, kata Justo
June 4, 2023· Isu semasa
Kematian saksi 1MDB, polis sahkan tiada unsur jenayah
May 31, 2023· Isu semasa
Kita tak bercadang untuk ulas lanjut, kata Saifuddin berhubung isu lokasi Jho Low
May 31, 2023· Politik
Popular
4 bulan tiada ketua audit negara, kerajaan beria mahu bahas LKAN 2021
June 6, 2023
Penulis buku Daim Zainuddin diperintah bayar saman RM1.2 juta
June 6, 2023
Penganalisis sanggah PMX buat perbandingan kenaikan OPR dengan Singapura
June 6, 2023
Ditipu skim pelaburan wang, lelaki rugi RM524,800
June 6, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Dalam pembelaan kes saman, Rosmah kata barang kemas diberi tanpa diminta
11 minit lalu · Isu semasa
Ditipu skim pelaburan wang, lelaki rugi RM524,800
15 jam lalu · Isu semasa
Selesai polemik agama segera dengan bijak dan tertib, titah Sultan Selangor
15 jam lalu · Isu semasa
Penulis buku Daim Zainuddin diperintah bayar saman RM1.2 juta
16 jam lalu · Isu semasa
Penganalisis sanggah PMX buat perbandingan kenaikan OPR dengan Singapura
16 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan PN Best Tanjung Karang
June 5, 2023
[VIDEO] Anwar usah sembang, nak faham orang miskin kena jadi miskin
June 5, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok