Perbicaraan 11 tuduhan gangguan seksual Ebit Lew 27 September

August 27, 2022 · Isu semasa

Pendakwah terkenal Ebit Lew, berdepan 11 pertuduhan berkaitan gangguan seksual di Mahkamah Majistret Tenom, Sabah, bermula 27 hingga 30 September depan, kata Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Asisten Komisioner A Skandaguru.

“Ebit Liew yang telah dituduh di Mahkamah Majistret Tenom pada Februari lalu atas 11 pertuduhan gangguan seksual di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan, akan dibicarakan pada 27 hingga 30 September 2022 di mahkamah yang sama,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini

Jika sabit kesalahan, Ebit Lew, 38, atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya bagi setiap pertuduhan.

Pada 18 Februari lalu, Ebit Lew, yang juga seorang usahawan didakwa di Mahkamah Majistret Tenom terhadap 11 pertuduhan berkaitan gangguan seksual.

Dia bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani.

Pendakwaan dilakukan Pengarah Pendakwaan Negeri Sabah, Muhammad Ilmami Ahmad, dengan dibantu Timbalan Pendakwa Raya, Azreen Yas Mohamad Ramli, manakala Ebit Lew diwakili peguam, Mohamed Zairi Zainal Abidin.

Ebit Lew dibebaskan dengan jaminan RM1,000 bagi setiap pertuduhan dengan dua penjamin.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abdul Jalil Hassan, sebelum ini dilaporkan berkata, Ebit Lew berdepan pertuduhan membuat hantaran gambar dan perkataan lucah dengan bermaksud mengaibkan kehormatan seseorang melalui aplikasi WhatsApp.

Katanya, semua pertuduhan adalah bagi kesalahan yang didakwa berlaku di daerah Tenom, Sabah, di antara Mac hingga Jun 2021 terhadap seorang wanita Melayu.

Pada Julai tahun lalu, siasatan terhadap Ebit Lew dilakukan selepas polis menerima laporan daripada beberapa individu mendakwa pendakwah itu melakukan gangguan seksual.

Susulan laporan itu, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Ebit Lew dirakam percakapan bagi membantu siasatan pada Ogos dan Oktober tahun lalu dan dia berkata, dakwaan itu berunsur fitnah kejam ke atas dirinya.

Berita berkaitan
AS$600 juta masuk dalam akaun Najib boleh jejas nilai ringgit, kata saksi kes 1MDB
9 jam lalu· Isu semasa
Pendakwaan mohon hukuman penjara ditambah 3 bulan terhadap Lokman
14 jam lalu· Isu semasa
Hari ketiga perbicaraan kes Ebit Lew, seorang lagi pendakwah dijangka jadi saksi
17 jam lalu· Isu semasa
‘Mencurah wang’ daripada syarikat berkait Jho Low masuk akaun Najib
September 28, 2022· Isu semasa
Popular
Pendakwaan mohon hukuman penjara ditambah 3 bulan terhadap Lokman
September 29, 2022
Tuan Ibrahim sokong cadangan Speaker tetapkan tarikh PRU secara automatik
September 29, 2022
Buat PRU-15 selepas bentang Bajet 2023 itu satu ‘penipuan’, kata penganalisis
September 29, 2022
KPM ambil langkah tangani nasib guru besar, rundingan capai persetujuan: Radzi
September 29, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Bursa ditutup rendah lagi, susut bawah paras 1,400
9 jam lalu · Isu semasa
Buat PRU-15 selepas bentang Bajet 2023 itu satu ‘penipuan’, kata penganalisis
9 jam lalu · Isu semasa
Ringgit jatuh lagi menghampiri RM4.7O berbanding dolar
10 jam lalu · Isu semasa
KPM ambil langkah tangani nasib guru besar, rundingan capai persetujuan: Radzi
10 jam lalu · Isu semasa
Tuan Ibrahim sokong cadangan Speaker tetapkan tarikh PRU secara automatik
11 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Guru besar kekal sebagai pentadbir sekolah, kata Radzi
5 jam lalu
[VIDEO] Kerajaan masih kaji kanabis sebagai rawatan penagih, bukan hukuman
10 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok