Perbahasan mengungkai Ordinan Darurat tumpuan Dewan Rakyat hari ini

October 12, 2021 · Isu semasa

Hari terakhir Mesyuarat Penggal Keempat Parlimen ke-14 hari ini dijadual membahas dan meluluskan ketetapan menurut Fasal (3) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan untuk mengungkaikan Ordinan-ordinan darurat.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat, Perdana Menteri akan mencadangkan perkara itu dan antara ordinan terbabit ialah Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021, Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021 dan Ordinan Darurat (Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja) (Pindaan) 2021.

Sementara itu, sesi Waktu Pertanyaan Menteri pada permulaan persidangan Dewan Rakyat akan menyentuh isu berkaitan pakatan keselamatan tiga negara iaitu Amerika Syarikat, United Kingdom dan Australia (AUKUS) serta status dan hak jika penjawat awam tidak mahu mengambil vaksin, lapor Bernama.

Mohd Nizar Zakaria (BN-Parit) akan bertanya mengenai pendirian terkini kerajaan khususnya Kementerian Pertahanan berkaitan AUKUS manakala Datuk Dr Shahruddin Md Salleh (Pejuang-Sri Gading) bertanyakan soalan kepada Perdana Menteri sama ada kerajaan akan mengenakan tindakan undang-undang terhadap penjawat awam yang tidak mahu mengambil vaksin.

Selain itu, soal persempadanan semula atau menambah kawasan pilihan raya akan dibangkitkan Cha Kee Chin (PH-Rasah) kepada Perdana Menteri.

Mesyuarat Penggal Keempat Parlimen ke-14 berakhir hari ini setelah 17 hari bersidang.

Berita berkaitan
MP Tanah Merah dakwa jurugambar PMX sengaja tular gambar fitnah, lapor polis
September 22, 2023· Politik
Kecoh laungan ‘peliwat’ di Dewan Rakyat, Wan Saiful kata Anwar tak layak jadi PM
September 20, 2023· Politik
Peliwat bergema di Dewan Rakyat, Radzi bidas ‘saya yakin kamu peliwat’ kepada PMX
September 19, 2023· Politik
Peruntukan ditarik balik selepas Syed Saddiq jadi pembangkang
September 19, 2023· Politik
Popular
Hina Sultan Selangor: Hukuman penjara pendakwah bekas penasihat agama Guan Eng kekal
September 25, 2023
Gaduh kumpulan motosikal besar, seorang ditahan positif dadah
September 25, 2023
Dia juga membantu orang miskin, kata PMX semasa pertemuan dengan Syed Mokhtar
June 2, 2023
Seorang lelaki warga Indonesia ditahan dengan nilai dadah RM1.9 juta dirampas
September 25, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Anggota pukul wanita dalam video tular sedang disiasat polis
4 jam lalu · Isu semasa
Penyusutan nilai sektor komoditi punca perdagangan negara susut: Liew
4 jam lalu · Isu semasa
Seorang lelaki warga Indonesia ditahan dengan nilai dadah RM1.9 juta dirampas
5 jam lalu · Isu semasa
Gaduh kumpulan motosikal besar, seorang ditahan positif dadah
5 jam lalu · Isu semasa
Ramalan kaji cuaca ramal ribut petir dan angin kencang di utara semenanjung
8 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Saya bukan orang jahat, SPRM tanya empat soalan REE, kata Sanusi
7 jam lalu
[VIDEO] Untuk menang PRK Pelangai, jentera PN bersemangat bila pemimpin ada keyakinan
8 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok