Peratus saringan rendah, pelancong ke Langkawi tak perlu ujian Covid-19

October 12, 2021 · Isu semasa

Kementerian Kesihatan (KKM) memutuskan untuk menghentikan keperluan ujian pengesanan Covid-19 bagi pelancong ke Langkawi, Kedah berkuat kuasa hari ini.

Bagaimanapun, Menterinya Khairy Jamaluddin berkata, syarat wajib vaksinasi Covid-19 lengkap bagi semua pelancong dewasa masih kekal dan perlu dipatuhi.

Selain itu, beliau berkata, keputusan untuk menghentikan keperluan ujian pengesanan Covid-19 bagi pelancong ke Langkawi dibuat selepas mengambil kira peratus yang dikesan positif semasa saringan sangat rendah.

“Bagi individu disahkan positif dan sedang dalam tempoh pengasingan dan pemantauan atau individu dikenal pasti sebagai kontak rapat kepada kes positif yang sedang menjalani perintah kuarantin dan pengawasan, mereka tidak dibenarkan melancong.

“Untuk mereka yang mengalami gejala seperti demam, batuk dan selsema, dinasihatkan agar menangguhkan dahulu perjalanan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebagai langkah mengukuhkan tindakan kesihatan awam kendiri, Khairy berkata pelancong digalakkan untuk melakukan ujian Covid-19 sendiri sebelum memulakan perjalanan ke Langkawi  bagi mengurangkan risiko jangkitan kepada pelancong lain.

Sebelum ini, menerusi Projek Rintis Gelembung Pelancongan Langkawi bermula 16 September lalu, setiap pelancong yang akan bercuti ke Langkawi bukan kes positif Covid-19 dan bukan kontak rapat kepada kes positif diwajibkan menjalani ujian pengesanan Covid-19.

Ia sama ada melalui ujian pengesanan RT-PCR atau RTK-Antigent di mana-mana fasiliti dan makmal kesihatan swasta atau melakukan ujian kendiri air liur di tempat saringan di lapangan terbang atau terminal feri.

Sementara itu, Khairy berkata lagi, sehingga 10 Oktober, seramai 54,341 pelancong menjalani ujian pengesanan Covid-19 dan hanya 216 atau 0.4 peratus pelancong dikesan positif.

“Hanya seorang pelancong mengalami gejala semasa di Langkawi dan didapati positif Covid-19 melalui ujian RT-PCR. Siasatan mendapati punca jangkitan bukan di Langkawi. Tiada kluster Covid-19 berpunca daripada gelembung pelancongan di Langkawi,” jelasnya.

Sehubungan itu, beliau menegaskan, Keluarga Malaysia mesti bertanggungjawab dalam usaha mencegah penularan jangkitan Covid-19, malah kerajaan dan seluruh petugas barisan hadapan kesihatan dan keselamatan akan melakukan yang terbaik untuk merawat dan mengawal penularan jangkitan di dalam negara.

“Setiap individu yang akan melakukan perjalanan rentas negeri disarankan menjalani ujian Covid-19 kendiri sebelum memulakan perjalanan bagi melindungi diri dan seluruh Keluarga Malaysia daripada jangkitan Covid-19. Pastikan langkah-langkah pencegahan sentiasa diamalkan,” katanya.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Dengar cerita warga China sertai MM2H layak dapat PR, dakwa MP Masjid Tanah
December 16, 2023· Politik
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Popular
Kenali pereka kasut, Jimmy Choo
November 6, 2021
Banjir: Tiga beradik maut kena renjatan elektrik di Kelantan
December 19, 2022
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok