Peraturan kawal jangkitan tetap berkuat kuasa walaupun Proklamasi Darurat tamat: KKM

July 31, 2021 · Isu semasa

Kementerian Kesihatan (KKM) menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat tafsiran sendiri yang tidak tepat berhubung perintah perisytiharan kawasan tempatan jangkitan di bawah Akta 342 kerana ianya tidak sama dengan pewartaan Proklamasi Darurat.

Dalam satu kenyataan yang disiarkan dalam laman Facebooknya KKM berkata sebarang pembatalan Ordinan Darurat tidak akan menjejaskan penguatkuasaan Akta 342 sedia ada untuk mencegah dan mengawal penyakit berjangkit.

Kenyataan itu sekali gus menjelaskan bahawa tindakan undang-undang terhadap mereka yang melanggar perintah berkenaan termasuk tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) boleh dikenakan, walaupun Proklamasi Darurat ditamatkan.

Perintah Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pengisytiharan Kawasan Tempatan Jangkitan) (Perlanjutan Kuat Kuasa) (No. 2) 2021 dan Proklamasi Darurat, adalah berbeza, kata KMM.

“Perintah itu dibuat di bawah Subseksyen 11 (1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) yang memberi kuasa kepada Menteri Kesihatan untuk mengisytiharkan mana-mana kawasan sebagai kawasan tempatan jangkitan.

“Perintah ini bertujuan untuk melanjutkan perisytiharan kawasan tempatan jangkitan yang pada awalnya mula berkuat kuasa pada 18 Mac 2020, dan telah dilanjutkan bagi tempoh 2 Ogos sehingga 31 Disember 2021,” kata KKM.

KKM berkata perintah itu telah menetapkan bahawa semua negeri dan Wilayah Persekutuan di dalam Malaysia adalah kawasan tempatan jangkitan.

Katanya, dengan penguatkuasaan perintah itu pelaksanaan undang-undang boleh diambil melalui arahan pegawai yang diberi kuasa untuk mencegah dan mengawal penyakit berjangkit.

“Selain itu juga berkuat kuasa bersama dengan peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Subseksyen 11 (2) untuk membolehkan kerajaan menguatkuasakan, antaranya arahan ketua pengarah dan peraturan-peraturan mengenai Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“Manakala Proklamasi Darurat pula dibuat di bawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan yang membolehkan Yang di-Pertuan Agong mengisytiharkan suatu darurat besar sedang berlaku di seluruh Malaysia mulai 11 Januari 2021 hingga 1 Ogos 2021.

“Sebarang pembatalan Ordinan Darurat yang dibuat ketika darurat tidak akan menjejaskan perjalanan Akta 342 yang sedia ada untuk mencegah dan mengawal penyakit berjangkit,” kata kenyataan itu.

Berita berkaitan
Semakan keperluan pemakaian pelitup muka dalam kapal terbang
September 29, 2022· Isu semasa
PRU-15 tak sesuai semasa musim banjir, kata Khairy balas Zahid nak redah
September 21, 2022· Politik
Najib tidak diberi layanan perubatan istimewa, kata Khairy
September 21, 2022· Politik
Khairy sangkal dakwaan ubat diberi kepada Najib ditukar
September 13, 2022· Isu semasa
Popular
Ejen kosmetik diculik di Tumpat cuba diseludup ke Laos: Laporan
September 30, 2022
Hari ketiga perbicaraan kes Ebit Lew, seorang lagi pendakwah dijangka jadi saksi
September 29, 2022
Firdaus Wong lihat tangkap layar mesej lucah didakwa dihantar Ebit Lew
September 30, 2022
Krisis ekonomi global 2023?
October 1, 2022
Lagi Isu semasa terkini
2,007 kes semalam, 5 kematian
5 jam lalu · Isu semasa
Gempa bumi di Indonesia dirasai penduduk sekitar Lembah Klang
5 jam lalu · Isu semasa
Krisis ekonomi global 2023?
8 jam lalu · Isu semasa
Ejen kosmetik diculik di Tumpat cuba diseludup ke Laos: Laporan
19 jam lalu · Isu semasa
Terbitan MGII Lestari kerajaan RM4.5b terlebih langganan 2.38 kali
19 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mesyuarat MKT UMNO putus 9 ketetapan
15 jam lalu
[VIDEO] 4 wilayah Ukraine jadi milik Rusia
16 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok