Perang Covid-19: Kepercayaan kepada kerajaan, media, NGO naik

Malaysia mencapai skor purata Indeks Kepercayaan sebanyak 66 mata.

Satu kajian kepercayaan dan kredibiliti oleh firma penyelidi Edelman Data & Intelligence (DxI) menunjukkan peningkatan kepercayaan kepada kerajaan, perniagaan, media dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memerangi Covid-19.

Dalam laporan Barometer Kepercayaan Eldermen 2021 menyatakan Malaysia mencapai skor purata Indeks Kepercayaan sebanyak 66 mata dengan mencatatkan peningkatan enam mata berbanding pada tahun 2020, dan naik dua tempat ke kedudukan ketujuh dalam kedudukan Indeks Kepercayaan Global.

Barometer Kepercayaan Eldermen 2021 adalah laporan kajian kepercayaan dan kredibiliti tahunan dilakukan DxI dan mengandungi temu bual secara dalam talian selama 30 minit yang dijalankan pada 19 Oktober dan 18 November 2020.

Tinjauan dalam talian itu biasnaya mengambil sampel lebih daripada 33,000 responden, termasuk 1,150 responden populasi umum bagi setiap 28 negara.

Dalam kenyataan yang diterbitkan hari ini, DxI berkata, Indeks Kepercayaan Malaysia adalah lebih tinggi berbanding Asia Pasifik daripada purata 62 mata, sementara Asia Pasifik 56 mata dalam menguruskan cabaran pandemik Covid-19 yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Kajian juga mendapati 77 peratus responden berpendapat Covid-19 bukan menjadi kebimbangan utama mereka.

“Sebilangan besar rakyat Malaysia iaitu 89 peratus, bimbang dan takut akan kehilangan pekerjaan, keselamatan siber (77 peratus) dan perubahan iklim (76 peratus).

“Ketika perintah duduk di rumah, 71 peratus responden bimbang akan kehilangan hak dan kebebasan mereka,” kata laporan itu.

POPULAR
Kes penghantar makanan pukul pelanggan hina Islam, 6 ditahanJune 12, 2021
LHDN tunggu Najib bayar cukai selama 8 bulan sebelum isytihar bankrapJune 11, 2021
Cemas tertukar bayi di hospitalJune 13, 2021
Lebih 4.2 juta sudah terima vaksin Covid-19, kata Menteri KesihatanJune 12, 2021
5,793 kes baharu hari iniJune 12, 2021
Tempoh darurat: Kerajaan ambil kira rakyat sebelum nasihat AgongJune 12, 2021