Peralihan ke fasa endemik perlu penelitian rapi, kata Hishammuddin

January 17, 2022 · Isu semasa

Kementerian Kesihatan (KKM), Kementerian Luar Negeri (MOFA) dan beberapa pihak yang berkaitan akan menyampaikan taklimat dalam mesyuarat kuartet COVID-19 minggu depan sebelum sebarang ketetapan mengenai pengisytiharan “Peralihan ke Endemik” diputuskan.

Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata taklimat itu melibatkan laporan situasi semasa banjir dan jangkitan varian Omicron daripada pihak-pihak berkenaan, yang telah ditangguhkan sebelum ini, lapor Bernama.

“Kita tangguh (sebelum ini) sebab saya nak terima laporan kesan daripada banjir, varian Omicron COVID-19 dan pengembara yang kembali ke tanah air, khususnya dari Arab Saudi terlebih dahulu.

“Pada Mesyuarat kuartet minggu depan saya akan menerima taklimat daripada KKM, MOFA dan pihak-pihak lain untuk kita bentang pada jawatankuasa khas yang dipengerusikan Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) sebelum keputusan tarikh sebenar kita beralih ke fasa endamik ditetapkan,” katanya dalam sidang media selepas majlis amanat kementeriannya hari ini.

Katanya keputusan fasa peralihan ke endamik tidak akan dilakukan secara semberono dan penangguhan fasa itu melibatkan tempoh dua hingga tiga minggu dari tarikh asal, iaitu minggu pertama Januari.

Sebelum ini Hishammuddin dilaporkan berkata kerajaan memutuskan menangguh sementara pengumuman fasa itu berikutan peningkatan penularan kes varian Omicron Covid-19 dalam negara.

Sementara itu, berhubung kemungkinan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor diadakan dalam situasi pandemik yang masih melanda negara, Ahli Parlimen Sembrong itu berkata pandangan KKM perlu diambil kira sebelum sebarang keputusan berkaitan PRN negeri dibuat.

Selain itu katanya PRN di Sabah, Melaka dan Sarawak perlu dijadikan sandaran dan iktibar agar PRN Johor berjalan dengan selamat, sekiranya ia benar-benar diadakan.

“Bukan untuk saya tentukan. Apabila ia diputuskan nanti, tugas kita di kuartet sebagai menteri yang mengkoordinasikan Covid-19 antara kementerian, saya terpaksa untuk bawa bersama kepimpinan negeri Johor untuk apa jua keputusan,” katanya.

Desas-desus mengenai kemungkinan PRN di Johor telah kedengaran sejak minggu lepas.

Kerajaan Johor ketika ini memiliki majoriti tipis satu kerusi dengan memiliki 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) berbanding 27 di blok pembangkang, dan kedudukannya dianggap ‘goyah’ selepas kematian bekas Menteri Besar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kempas Allahyarham Datuk Osman Sapian.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Covid-19: 76 kematian semalam, Selangor lepasi 700,000 kes positif
October 21, 2021
Selepas disaman Rafizi kata hanya mahu penjelasan Tuan Ibrahim
January 25, 2023
Semua pihak perlu peka isu buli
December 15, 2021
Selama tiga minggu berturut-turut pelabur asing lari dari Malaysia
March 20, 2023
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok