Peralihan ke fasa endemik ditangguh, kerajaan enggan ambil risiko Omicron

January 14, 2022 · Isu semasa

Rancangan kerajaan untuk mengisytiharkan fasa ‘Peralihan ke Endemik’ terpaksa ditangguhkan kerana enggan mengambil risiko penularan semula Covid-19 susulan penemuan varian baharu Omicron yang lebih cepat merebak.

Perkara itu diumumkan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang menyifatkan keputusan tersebut sebagai sukar tetapi perlu diambil bagi mengelakkan negara daripada berdepan satu lagi gelombang baharu Covid-19 seperti yang dialami negara-negara lain.

Sepatutnya, kerajaan merancang untuk mengumumkan peralihan ke fasa endemik pada minggu pertama bulan ini.

Namun terpaksa ditangguhkan berikutan peningkatan jangkitan varian Omicron, selain kesan daripada individu yang kembali daripada luar negara, khususnya yang menunaikan umrah di Arab Saudi serta bencana banjir baru-baru ini.

“Minggu pertama bulan ini, saya sebenarnya nak umumkan bahawa kita nak masuk kepada fasa transisi endemik.

“Tetapi kita nak tunggu sedikit masa lagi (satu atau dua minggu) kerana apabila kita umumkan fasa transisi endemik ada tujuh atau lapan perkara yang perlu kita maklumkan kepada orang ramai.

“Contohnya prosedur operasi standard (SOP) kita kurangkan kepada satu sahaja iaitu usaha untuk ‘Self Testing Trace” yang saya dah umumkan sebelum ini, semua itu kita kena didik (educate) orang ramai apabila ia dimuktamadkan,” katanya lapor BH hari ini.

Hishammuddin terdahulu mengadakan lawatan kerja ke Kem Kukusan, Tawau hari ini.

Mengulas lanjut, Hishammuddin berkata, kerajaan pada bila-bila bersedia membuat pengumuman atau mengisytiharkan fasa ‘Peralihan ke Endemik’ kerana setiap negeri masing-masing sudah memasuki fasa ke-4.

Ketika ditanya sama ada kelewatan langkah kerajaan membuat pengisytiharan ke fasa endemik itu bakal memberi kesan kepada negara, beliau menjelaskan, situasi di banyak negara di dunia ketika ini juga cukup membimbangkan.

Mengambil contoh di Amerika Syarikat, katanya, pada dua minggu lalu sahaja sudah mencatatkan jumlah jangkitan wabak COVID-19 mencecah satu juta kes dalam tempoh sehari dan terkini dilaporkan mencecah sehingga 500,000 kes sehari.

Malah katanya, terbaru Australia yang sebelum ini berada dalam perintah kawalan pergerakan (lock down) turut merekodkan jumlah jangkitan 60,000 kes sehari.

“Walaupun varian Omicron ini mungkin dari segi kesan jangkitan adalah kurang berbanding varian lain, tetapi semestinya dengan penularan secara besar-besaran akan menjejaskan kesihatan rakyat, selain memberi tekanan kepada penggunaan katil-katil Unit Rawatan Rapi (, ICU) di hospital kita.

“Sebab itu kita nak buka sempadan, kita nak beri kelonggaran, saya dah kata kita tak akan tutup besar besaran lagi, tetapi dalam kita nak buka pun janganlah besar-besaran juga dan mestilah mengikut keadaan dan situasi semasa.

“Tak pupular tak apa, tetapi yang penting kesihatan dan keselamatan orang ramai menjadi keutamaan,” katanya.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Bajet 2024: Cukai perkhidmatan naik jadi 8%, subsidi minyak diesel dimansuhkan
October 13, 2023
Awesome TV digantung penyiaran bermula 2 November
October 19, 2023
Jangan berhimpun Rabu ini: Amaran polis
June 28, 2021
Netizen persoal isu ‘roadtax’, MyJPJ jika bawa kenderaan orang lain
February 10, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok