Perak catat 20 kes kematian semalam

March 11, 2022 · Isu semasa

Tujuh puluh lagi pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 semalam, termasuk 19 kes kematian di luar fasiliti perubatan atau ’brought in death’ (BID), lapor Kementerian Kesihatan (KKM), hari ini.

Jumlah itu menjadikan kumulatif kematian akibat Covid-19 sejak awal 2020 hingga semalam meningkat kepada 33,567 kes, termasuk 6,974 kes BID, menurut data laman sesawang CovidNOW yang dikemas kini pagi ini.

Bagaimanapun, tiada maklumat diberikan sama ada 19 kes BID itu turut melibatkan 302,242 pesakit yang diarah menjalani kuarantin di rumah.

Dalam tempoh seminggu lalu, 135 kes kematian akibat Covid-19 melibatkan individu berusia 80 tahun dan ke atas; 123 kes (70-79 tahun); 97 kes (60-69 tahun); 64 kes (50-59 tahun); 44 kes (40-49 tahun); 18 kes (30-39 tahun); sembilan kes (18-29 tahun); tiga kes (5-11 tahun); dua kes (0-4 tahun); dan satu kes (12-17 tahun).

Daripada angka kematian itu, Perak merekodkan jumlah tertinggi sebanyak 20 kes, menjadikan jumlah pesakit Covid-19 yang meninggal dunia di negeri itu sebanyak 1,602 kes.

Sehingga semalam, Perak mencatat kumulatif positif sebanyak 164,623 kes, dengan 149,930 pesakit telah sembuh, dan 13,091 kes masih aktif.

Daripada jumlah kes aktif itu, seramai 12,090 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 112 ditempatkan di PKRC; 863 dimasukkan ke hospital; dan 26 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU), dengan 19 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sehingga semalam, seramai 1,865,425 atau 74.3 peratus populasi di Perak telah lengkap divaksinasi, 1,970,010 atau 78.5 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos, dan 1,098,320 atau 58.5 peratus individu dewasa menerima dos penggalak.

Dalam tempoh seminggu lalu, 28.0 peratus daripada kes kematian akibat Covid-19 di Perak melibatkan individu berusia 70 hingga 79 tahun, diikuti masing-masing 20.0 peratus bagi kategori usia 50-59 tahun dan 80 tahun ke atas; 16.0 peratus (60-69 tahun); 10.0 peratus (40-49 tahun); dan 6.0 peratus (30-39 tahun).

Bagi negeri-negeri lain, Selangor merekodkan 11 kematian, diikuti Johor (10); Kelantan (sembilan); Kedah (tujuh); masing-masing empat kes di Negeri Sembilan serta Sabah; Pahang (tiga); dan masing-masing satu di Perlis serta Terengganu.

Tiada kes kematian akibat Covid-19 direkodkan di Melaka, Pulau Pinang, Sarawak, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, semalam.

Pecahan kes berkaitan Covid-19 di setiap negeri sehingga 10 Mac 2022.

Berita berkaitan
Radzi berharap Dr Noor Hisham terus menyumbang kepada negara
23 jam lalu· Isu semasa
Tuaran dikategori zon merah Covid-19 selepas kes meningkat
May 16, 2023· Isu semasa
Penduduk Malaysia dianggar 33.2 juta : Jabatan Perangkaan
May 11, 2023· Isu semasa
Kemasukan hospital pesakit Covid-19 meningkat: KKM
May 5, 2023· Isu semasa
Popular
Terima ugutan sindiket along, Ketua Polis Pulau Pinang tak akan tunduk
June 3, 2023
Dakwaan P.Pinang milik Kedah, tak perlu takut kata Samsuri
June 3, 2023
Wanita cemas kereta terperangkap dalam banjir kilat di Klang
June 4, 2023
China mungkin tidak benarkan Jho Low balik Malaysia, kata Justo
June 4, 2023
Lagi Isu semasa terkini
China mungkin tidak benarkan Jho Low balik Malaysia, kata Justo
3 jam lalu · Isu semasa
Suri rumah hangus RM110,556 terperdaya sindiket penipuan
6 jam lalu · Isu semasa
Wanita cemas kereta terperangkap dalam banjir kilat di Klang
6 jam lalu · Isu semasa
Terima ugutan sindiket along, Ketua Polis Pulau Pinang tak akan tunduk
20 jam lalu · Isu semasa
Dakwaan P.Pinang milik Kedah, tak perlu takut kata Samsuri
June 3, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan jentera PB Best Pulau Pinang
13 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Dominic di himpunan jentera PN Pulau Pinang
14 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok