Perabot dibawa keluar dari Seri Perdana ada di gudang, kata Najib

September 30, 2021 · Isu semasa

Datuk Seri Najib Razak mengakui membawa perabot keluar dari kompleks Seri Perdana dan masih disimpan di gudang, ia susulan pendedahan perabot di kediaman rasmi Perdana Menteri (PM) itu yang dipindahkan sebelum ini.

Bekas PM itu berkata sedia memulangkan perabot tersebut kepada kerajaan secara percuma kerana tidak digunakan langsung memandangkan masih berpuas hati dengan apa yang sudah ada di rumahnya.

“Ia tak digunakan langsung. Jika kerajaan ada niat, saya setuju untuk berikan secara percuma kepada kerajaan.

“Hanya perlu berhubung dengan pegawai saya dan datang ke warehouse untuk pilih,” katanya dalam hantaran Facebook hari ini.

Najib terasa hati apabila dikaitkan dengan kerosakan yang berlaku di kompleks Seri Perdana kerana lama menetap di kediaman tersebut sebelum ditendang keluar selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Isu kompleks Seri Perdana menjadi kontroversi selepas kerja baik pulih yang dijalankan terpaksa menelan belanja yang tinggi.

Menerusi gambar-gambar yang tular dalam media sosial, kerosakan dialami di Seri Perdana melibatkan struktur dalam dan luaran bangunan tersebut.

Untuk rekod, Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa menjawat jawatan PM tidak mendiami kompleks tersebut, malah Tun Dr Mahathir Mohamad semasa menjadi PM Ke-7 juga tidak menetap disitu.

Kompleks tersebut dibina pada 1997 dan siap pada 1999, di atas tapak seluas 42.5 ekar mengikut kontur anak bukit dengan mengekalkan struktur geografi alam semula jadi selaras dengan konsep perancangan Putrajaya sebagai sebuah Bandaraya Taman.

Kos pembinaannya juga mencecah puluhan juta ketika itu, malah kompleks sebesar itu juga pastinya memerlukan penyelenggaraan dan penjagaan yang menelan belanja tinggi. Jurutera pembinaan pasti tahu kos dan belanja yang diperlukan untuk memastikan bangunan sebesar itu dapat bertahan lama.

Dalam satu kertas makluman berhubung justifikasi Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) berhubung isu kos ubah suai di Seri Perdana, antara perkara yang dibangkitkan berhubung perolehan perabot yang terpaksa dijalankan susulan permintaan mantan PM, Najib.

“Kompleks Seri Perdana dinaik taraf berdasarkan status fizikal kompleks tersebut yang memerlukan pengubahsuaian hiasan dalaman, pembaikan teknikal serta perolehan perabot/aset yang mana pada ketika ini sebahagian besar perabot/aset sedia ada di Kompleks Seri Perdana sedang dipindah keluar atas permintaan mantan Perdana Menteri keenam,” kata laporan tersebut yang dilihat Agenda Daily.

Untuk rekod, kertas laporan tersebut tular juga dalam media sosial.

Berita berkaitan
Anwar perlu gugurkan Menteri Kewangan dalam rombakan Kabinet, gesa MCA
11 jam lalu· Politik
Hang tu PM untuk rakyat Malaysia bukan PKR, Afnan gesa Anwar berhenti berdendam
October 1, 2023· Politik
Ada kerajaan tapi tidak berfungsi : Muhyiddin
August 8, 2023· Politik
Lagi isu PMX dan pelajar : Tingkah laku Anwar memalukan
August 7, 2023· Politik
Popular
Jumlah hasil petroleum dibayar kepada Terengganu rendah, tak sampai RM1 bilion
October 3, 2023
Penolong pengurus hotel didakwa cabul kehormatan bekas pembaca berita
October 3, 2023
Yasin diperintah bela diri tiga pertuduhan kes dadah
October 3, 2023
Orang PJ dan Shah Alam makan beras import, tak mahal sangat: Mat Sabu
October 2, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Yasin diperintah bela diri tiga pertuduhan kes dadah
10 jam lalu · Isu semasa
Jumlah hasil petroleum dibayar kepada Terengganu rendah, tak sampai RM1 bilion
19 jam lalu · Isu semasa
Penolong pengurus hotel didakwa cabul kehormatan bekas pembaca berita
19 jam lalu · Isu semasa
PAS tak fail rayuan keputusan Parlimen Kemaman, sedia hadapi PRK
19 jam lalu · Isu semasa
PMX kata akan umum berita baik pada Khamis selepas lawatan ke UAE
24 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anwar kena tenang tak perlu agresif, Pelangai tetap pilih PN
6 jam lalu
[VIDEO] Malaysia macam negara miskin sejak Anwar Ibrahim jadi PM
7 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok