Penyerahan LCS pertama kekal dua tahun lagi: Hishammuddin

September 14, 2022 · Isu semasa

Penyerahan kapal tempur pesisir pantai (LCS) pertama kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) masih kekal dalam garis masa seperti yang diumumkan sebelum ini dan tidak berubah, kata Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

“Kita berpegang kepada apa yang kita umumkan sebelum ini. Kami semua setuju PAT (Panglima Angkatan Tentera), PTL (Panglima Tentera Laut), Mindef (Kementerian Pertahanan), Boustead, Kementerian Kewangan sehinggalah kepada Kabinet.

“Maka kita punya garis masa daripada dulu lagi pertama untuk meyakinkan pada orang ramai bahawa projek LCS ini mesti diteruskan.

“Keduanya kita tidak akan melindungi sesiapa yang bersalah jika ada salah guna dan penyelewengan,” katanya pada sidang media selepas melawat Sekolah Kebangsaan Kementah dan Rumah Keluarga Malaysia Angkatan Tentera di Desa Tun Hussein Onn, di ibu negara, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan media tempatan mengenai kelewatan tarikh penyerahan LCS dalam wawancara khas bersama Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jeneral Tan Sri Affendi Buang sempena sambutan Hari ATM yang ke-89, semalam.

Pada Ogos lepas, Mindef diberi masa enam bulan bagi memobilisasikan usaha menghidupkan semula projek itu, dan beliau percaya kapal pertama akan diterima TLDM dalam masa dua tahun lagi.

Sementara itu, Hishammuddin berkata kementeriannya bersiap-siaga menggerakkan aset jika bencana banjir berlaku.

Beliau berkata Mindef dan ATM turut berada dalam jawatankuasa banjir yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Daripada segi persiapan menghadapi bencana itu, pihak saya tiada masalah dan sudah bersiap-siaga. Kita akan kerahkan seberapa ramai anggota ATM malah aset juga sedia digerakkan jika berlaku banjir,” katanya.

Sebelum ini, Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan negara akan mengalami hujan lebat berterusan mulai pertengahan November yang membawa kepada banjir besar pada penghujung bulan berkenaan.

Cuaca yang dialami dijangka memberi impak lebih signifikan kerana Monsun Timur Laut yang aktif pada tempoh itu, dengan risiko hujan lebat berterusan serta banjir berskala besar. – Bernama

Berita berkaitan
PAC lawat tapak bina LCS esok
June 9, 2023· Isu semasa
Dikritik tolak usul skandal LCS, Speaker jawab kepada Syed Saddiq sebab ditolak
June 8, 2023· Politik
Speaker tolak usul bahas skandal LCS, tapi kenapa kerap dibincang semasa PRU?
June 8, 2023· Isu semasa
Pelik ajaib, kapal LCS tak sampai-sampai: Syed Saddiq
June 6, 2023· Politik
Popular
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
June 9, 2023
Tajaan JPA bagi bidang perubatan pergigian dan farmasi dihentikan
June 10, 2023
SPRM sahkan beku akaun bekas menteri kanan dalam siasatan dana RM2.3 bilion
June 9, 2023
Sanusi mohon perintah mahkamah tentukan skop pengampunan Anwar
June 9, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Lanjutkan pengecualian duti setem hartanah, kata persatuan kepada kerajaan
3 jam lalu · Isu semasa
Tajaan JPA bagi bidang perubatan pergigian dan farmasi dihentikan
4 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
23 jam lalu · Isu semasa
Khidmat Nor Shamsiah tak disambung, Shaik Abdul Rasheed jadi Gabenor baharu 1 Julai
23 jam lalu · Isu semasa
Bank Negara jangka ringgit tak cecah paras RM5 berbanding dolar
24 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Zahid sebak laungan bebas Bossku bergema depan Anwar
June 9, 2023
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
June 8, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok