Penyelam remaja Belanda disahkan meninggal dunia

April 9, 2022 · Isu semasa

Penyelam remaja warga Belanda Nathen Renze Chesters, 14, yang hilang di Pulau Tokong Sanggol, Mersing pada Rabu lalu, disahkan meninggal dunia selepas tidak dapat bertahan akibat terlalu lemah.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata perkara itu disahkan sendiri oleh bapa mangsa Adrian Peter Chesters.

“Pihak Pusat Penyelaras Mencari dan Menyelamat Maritim (MRSC) Johor Bahru telah memaklumkan kepada pihak berkuasa Indonesia bagi membantu mencari remaja terbabit yang dipercayai telah meninggal dunia dan hanyut ke perairan Indonesia,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Memetik Bernama, beliau berkata APMM telah menamatkan Op Carilamat pada jam 1.30 tengah hari tadi susulan penemuan tiga daripada empat penyelam yang hilang.

Pada Rabu lepas, empat penyelam warga asing dilaporkan hilang di perairan Pulau Tokong Sanggol, kira-kira sembilan batu nautika dari Tanjung Leman di sini.

Bagaimanapun, jurulatih selam warga Norway Kristine Grodem, 35, ditemukan selamat dalam keadaan terapung lengkap dengan pakaian dan peralatan menyelam oleh sebuah bot tunda yang dalam perjalanan dari Indonesia ke Thailand pada 8.15 pagi Khamis lepas.

Adrian Peters, 46, yang merupakan warga British, dan Alexia Alexandra Molina, 18, seorang warga Perancis, pula ditemukan selamat oleh nelayan tempatan pada kira-kira 1 pagi.

Berita berkaitan
Teman lelaki bunuh dan bakar kekasih hamil didakwa hari ini
17 jam lalu· Isu semasa
Dua saksi dicari bantu perbicaraan kes bunuh warga Indonesia
May 30, 2023· Isu semasa
Kes bunuh dan bakar wanita, reman seorang lelaki disambung 5 hari
May 29, 2023· Isu semasa
LIMA: Dr Mahathir terima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat
May 27, 2023· Isu semasa
Popular
Isu air: PMX sahkan permohonan awal RM8 bilion oleh kerajaan Kelantan ditolak
June 1, 2023
Tiada nama taikun Melayu dalam senarai individu terkaya Forbes di Malaysia
June 1, 2023
Anwar nafi jadi punca kejatuhan nilai ringgit
June 1, 2023
Ringgit jatuh, MP Bachok kata kerana tiada Menteri Kewangan sepenuh masa
June 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kerajaan perlu dedah semua laporan dalam skandal projek LCS, gesa C4
10 jam lalu · Isu semasa
Ringgit jatuh, MP Bachok kata kerana tiada Menteri Kewangan sepenuh masa
10 jam lalu · Isu semasa
Isu air: PMX sahkan permohonan awal RM8 bilion oleh kerajaan Kelantan ditolak
10 jam lalu · Isu semasa
Anwar nafi jadi punca kejatuhan nilai ringgit
11 jam lalu · Isu semasa
Tiada nama taikun Melayu dalam senarai individu terkaya Forbes di Malaysia
14 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan Nasional tak serang peribadi saya macam PH-UMNO
7 jam lalu
[VIDEO] Khairy akan bertemu Muhyiddin dalam masa terdekat
8 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok