Penyamun guna surat kebenaran MITI rentas negeri rompak RM1.2j

June 11, 2021 · Isu semasa

Polis menumpaskan kumpulan penjenayah Geng 36 yang menggunakan surat kebenaran pergerakan dikeluarkan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) untuk masuk ke Melaka dan melakukan rompakan bersenjata.

Ketua Polis Melaka Datuk Abdul Majid Mohd Ali berkata, kumpulan penjenayah itu memasuki Melaka dengan menaiki dua kenderaan Toyota Hilux dan Vellfire untuk menyamun seorang ahli perniagaan yang menyebabkan kerugian kira-kira RM1.2 juta.

“Satu daripada kenderaan yang digunakan suspek juga mempunyai dua pelekat yang dicetak dengan lambang menyerupai logo Polis Diraja Malaysia, dipercayai untuk mengaburi aktiviti jenayah yang dilakukan,” katanya pada sidang media hari ini.

Katanya sekumpulan empat lelaki ahli kongsi gelap Geng 36 masuk ke kediaman ahli perniagaan itu di sebuah kondominium di Klebang di sini pada 5 Jun lalu, tanpa memakai topeng.

“Dalam kejadian kira-kira 8.30 malam itu, mangsa yang berusia 54 tahun bersama isterinya, 42, diikat dan diacukan parang namun pasangan itu dan dua anaknya masing-masing berusia 8 dan 9 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Beliau berkata kumpulan suspek berkenaan kemudiannya melarikan pelbagai barangan peribadi mangsa seperti barang kemas, koleksi pedang, wang tunai dan sebuah kereta Range Rover selepas kira-kira lima jam menggeledah rumah mangsa.

Abdul Majid berkata susulan kejadian itu, satu pasukan khas ditubuhkan bagi mengesan penjenayah terbabit dan lima lelaki berusia 27 hingga 37 tahun berjaya ditahan dalam satu serbuan di Bandar Baru, Sri Petaling, Kuala Lumpur kira-kira jam 3.45 petang pada 7 Jun lalu.

Beliau berkata semua suspek yang ditahan mempunyai rekod lampau membabitkan jenayah serta dadah dan mereka ditahan reman selama lima hari sehingga esok dan kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana melakukan satu rompakan berkumpulan dan Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana curi kenderaan.

Berita berkaitan
Remaja cuba samun pemandu e-hailing didakwa esok
December 2, 2023· Isu semasa
Wanita larikan bar emas ditahan polis di Melaka
November 8, 2023· Isu semasa
Lesap RM120,000 selepas ditipu ‘phone scam’ menyamar polis
October 24, 2023· Isu semasa
Penyusutan nilai sektor komoditi punca perdagangan negara susut: Liew
September 25, 2023· Isu semasa
Popular
Semua pihak perlu peka isu buli
December 15, 2021
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024
Sidang Dewan Rakyat: Peratus kehadiran MP PN paling baik
April 8, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
1 jam lalu · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
1 jam lalu · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
24 jam lalu · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok