Penyakit demam babi merebak di Pulau Pinang, 21 ladang dijangkiti

January 24, 2023 · Isu semasa

Pulau Pinang kini berdepan penularan penyakit demam babi Afrika (ASF) selepas banyak ladang babi komersil dikesan dijangkiti wabak tersebut.

Sebanyak 21 ladang babi komersil di negeri tersebut sudah dijangkiti penyakit ASF dan ia semakin merebak, kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.

Kesemua ladang yang dikesan positif penyakit ASF itu terletak di tiga daerah iaitu Seberang Perai Tengah (SPT); Seberang Perai Utara (SPU) dan Seberang Perai Selatan (SPS).

”Setakat semalam, secara keseluruhannya sebanyak 21 ladang babi disahkan positif penyakit ASF dan lokasi ladang adalah di SPU, SPT dan SPS.

”Virus ini cepat merebak dan disebabkan itu banyak ladang dijangkiti penyakit ASF.

“Setakat ini jumlah babi yang telah dilupuskan adalah kira-kira 4,000 ekor dan kita sedang meneruskan usaha memusnahkan babi-babi yang telah dijangkiti,” katanya dipetik laporan Utusan Malaysia.

Pada 13 Januari lalu, Pulau Pinang mengisytiharkan wabak ASF di negeri itu sebagai ‘bencana’ selepas kes dilaporkan di 11 ladang babi komersial di daerah SPS dan SPT melibatkan 25,000 ekor babi.

Pemusnahan babi yang dijangkiti terpaksa dilakukan menggunakan gas karbon dioksida dan mengikut Kod Amalan Kebajikan Haiwan dan garis panduan Pengurusan Pelupusan Haiwan sebelum bangkai dikebumikan.

Berdasarkan data bancian Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) negeri, terdapat 124 ladang ternakan babi di Pulau Pinang membabitkan jumlah keseluruhan 267,348 ekor babi.

Menurut Kon Yeow, pemilik ladang babi yang terjejas perlu segera melaporkan perkara itu kepada JPV bagi urusan pembayaran pampasan dan pelupusan babi yang terkesan dengan penyakit ASF.

”Pemilik ladang perlu tampil dan bekerjasama dengan JPV untuk urusan pampasan, mereka mesti mengira jumlah babi di ladang masing-masing yang dimusnahkan.

“Mereka mesti sahkan bilangan babi yang terlibat dengan JPV dan mulakan pelupusan, kemudian boleh kemukakan tuntutan pampasan kepada JPV,” katanya.

Tambah beliau, adalah menjadi kewajipan untuk pemilik ladang memaklumkan kepada JPV sekiranya ladang babi mereka dikesan positif penyakit ASF.

Berita berkaitan
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024· Politik
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
Kit Siang bangkitkan isu PM bukan Melayu, tapi Puad pula bidas PN
December 17, 2023· Politik
Popular
Selepas disaman Rafizi kata hanya mahu penjelasan Tuan Ibrahim
January 25, 2023
Semua pihak perlu peka isu buli
December 15, 2021
Cendawan tahi lembu jadi dadah untuk kepuasan berhibur: Polis
April 6, 2021
‘Ibu tunggal’ tipu jadi mangsa banjir minta bantuan
January 4, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok