Penumpang maut bas rempuh belakang treler, 39 lagi cedera

June 17, 2022 · Isu semasa

Seorang penumpang wanita maut manakala 39 lagi cedera ringan setelah sebuah bas persiaran merempuh belakang treler di kilometer 425.8 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) menghala ke selatan berhampiran Bukit Beruntung, Selangor, awal pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Norazam Khamis berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 4.32 pagi tadi, sebelum anggota dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Sentosa tiba di lokasi pada 4.54 pagi.

Beliau berkata dalam kejadian kira-kira 3.30 pagi tadi, bas tersebut merempuh bahagian belakang treler 20 tan yang bergerak dari arah sama.

“Mangsa yang duduk di kerusi hadapan sekali tersepit di bahagian yang remuk. Mangsa berjaya dikeluarkan pada 5.13 pagi dan telah disahkan meninggal dunia,” katanya menurut Bernama.

Beliau berkata ketika kejadian mangsa Hamaizah Fadzilah, 54, berada dalam bas berkenaan bersama 39 penumpang lain.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Arsad Kamaruddin berkata kemalangan itu berlaku sewaktu bas berkenaan dalam perjalanan dari Kuala Kedah menuju ke Kuala Lumpur.

“Akibat daripada kemalangan tersebut mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu, dekat sini, untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Arsad berkata orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kemalangan berkenaan diminta menyalurkannya kepada polis bagi siasatan di bawah kaedah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Berita berkaitan
Lelaki mengamuk di lebuh raya di hantar ke Hospital Bahagia
June 17, 2022· Isu semasa
Polis minta saksi kemalangan maut di NKVE tampil
June 11, 2022· Isu semasa
15 warga Malaysia terlibat kemalangan di Arab Saudi
June 10, 2022· Dunia
Penjawat awam maut diremput pemandu disyaki mabuk
June 6, 2022· Isu semasa
Popular
Lelaki bogel tunggang motosikal ditahan disyaki bunuh isteri, bayi
July 4, 2022
Mahkamah tolak permohonan Zahid tangguh prosiding kes rasuah
July 4, 2022
Shafee hidap laringitis: Kes Najib, laporan audit didengar 12 Ogos
July 4, 2022
Perbicaraan pengesahan lafaz cerai MB Perlis ditetapkan 25 Ogos
July 4, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Syed Saddiq arah keluar tunai RM1 juta dari bank: Saksi pendakwaan
4 jam lalu · Isu semasa
Lelaki bogel tunggang motosikal ditahan disyaki bunuh isteri, bayi
4 jam lalu · Isu semasa
Gempur kilang, sempadan sekat seleweng minyak masak subsidi: PM
4 jam lalu · Isu semasa
Maybank IB pula unjur OPR naik 100 bps untuk 12 bulan akan datang
5 jam lalu · Isu semasa
Aidiladha: Lebih 2.3 juta kenderaan bakal guna KLK, LPT pada 8-11 Julai
6 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok