Penumpang LRT, MRT Khamis dan Jumaat disaran buat ujian Covid-19

May 29, 2021 · Isu semasa

Penumpang yang menaiki tren Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya dan Transit Aliran Massa (MRT) laluan Kajang dari Wangsa Maju pada waktu puncak pagi Jumaat, disaran membuat saringan kesihatan jika terdapat gejala berkaitan Covid-19.

Pengendali perkhidmatan LRT, MRT dan monorel Rapid KL – Rapid Rail Sdn Bhd – menerusi kenyataan hari ini turut menyarankan saringan kesihatan kepada mereka yang menggunakan perkhidmatan LRT dari Taman Melati dan KLCC pada waktu puncak pagi Khamis.

“Saranan itu dikeluarkan berikutan mesej di media sosial oleh dua penumpang yang menggunakan laluan tersebut, menyatakan mereka didapati positif Covid-19,” menurut kenyataan itu.

Menerusi hantaran di akaun Twitter @claudianuriman, beliau menaiki tren LRT Wangsa Maju ke Pasar Seni dan seterusnya menyambung perjalanan menggunakan perkhidmatan MRT ke Stesen Semantan antara 7.30 pagi dan 8.30 pagi semalam.

Pemilik akaun Twitter Nurul Aisyah @asyxxi pula memberitahu beliau diuji positif Covid-19 dan menasihati penumpang yang menaiki tren LRT dari Taman Melati ke KLCC antara 8 pagi dan 9 pagi dua hari lepas agar segera menjalani ujian saringan.

“Rapid KL mengalu-alukan sikap terbuka kedua-dua penumpang berkenaan dan menasihati penumpang untuk sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketika menggunakan perkhidmatan tren khususnya pemakaian pelitup muka dengan betul.

“Jika boleh, gunakan pelitup muka berganda untuk menjaga kesihatan masing-masing, di samping sentiasa berhemah ketika menaiki tren bagi mengurangkan risiko penularan Covid-19 seperti kurangkan bercakap, elakkan bersentuhan walaupun sesama rakan dan anggota keluarga serta jaga penjarakan fizikal,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu turut memaklumkan semua tren Rapid KL disanitasi setiap malam untuk memastikan keselamatan dan keselesaan penumpang serta menasihati penumpang yang bergejala mengelakkan penggunaan perkhidmatan tren demi kepentingan penumpang lain.

Berita berkaitan
Najib pulang ke Penjara Kajang selepas terima rawatan
November 5, 2023· Politik
Semoga cepat sembuh, doa Muhyiddin kepada Najib yang sedang dirawat
November 4, 2023· Politik
UMNO terus jadi penumpang di Selangor, kata Noh
June 23, 2023· Politik
Lokman Adam bebas tuduhan sebar berita palsu berkait Covid-19, vaksin
June 23, 2023· Isu semasa
Popular
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023
Selamat tinggal dunia mak nyah, luahan Cikgu Erin
October 19, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
14 jam lalu · Isu semasa
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
14 jam lalu · Isu semasa
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
22 jam lalu · Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
22 jam lalu · Isu semasa
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
22 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Agihan saksama kepada sekolah cina walaupun tak dihargai
5 jam lalu
[VIDEO] Sanusi konsisten salur peruntukan pembangkang Kedah sejak 2020
6 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok