Penulis buku dakwa ada maklumat keberadaan Jho Low

August 31, 2022 · Isu semasa

Pengarang buku ‘Billion Dollar Whale’ dan wartawan Wall Street Journal yang memenangi anugerah, Tom Wright dan Bradley Hope hari ini mendedahkan bahawa mereka mempunyai maklumat keberadaan ahli perniagaan Malaysia dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low.

Dalam catatan Twitter, Wright berkongsi bahawa Jho Low didakwa telah dikesan mengadakan jamuan di Shanghai Disneyland pada 2019, dan mendakwa bahawa maklumat itu datang daripada “sumber kerajaan Malaysia”.

Sambil mengucapkan “Selamat Hari Merdeka” kepada rakyat Malaysia, Wright berkongsi bahawa maklumat tambahan akan didedahkan di halaman YouTube mereka minggu depan.

Menurutnya ia adalah berkaitan individu yang membenarkan Jho Low mengakses sistem perbankan global.

“Bradley dan saya mendedahkan bukti pertama keberadaan Jho Low di saluran YouTube kami. Banyak lagi yang akan datang! Kami akan menambah video setiap minggu dan saya akan menyiarkan foto Jho Low di sini kemudian.

“Kami telah mengikuti kisah ini selama bertahun-tahun. Ini adalah bahagian terakhir teka-teki. Minggu depan, di saluran YouTube kami, kami akan mendedahkan orang yang membenarkan Jho Low mengakses sistem perbankan global.

Pada 2020 lalu, Ketua Polis Negara ketika itu Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata Polis Diraja Malaysia mengesyaki Jho Low bersembunyi di Macau, di tengah-tengah usaha membawanya pulang bagi menghadapi keadilan atas peranannya dalam kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Petunjuk kukuh bahawa dia berada di sana (Macau) – noktah,” kata Abdul Hamid kepada Bloomberg.

Menurutnya PDRM juga menerima risikan bahawa Jho Low, aktif di bandar Wuhan di China.

Mahkamah sebelum ini berkata Jho Low telah memainkan peranan penting dalam memindahkan dana RM42 juta daripada bekas unit 1MDB – SRC International Sdn Bhd – ke akaun bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Jho Low telah melarikan diri daripada pihak berkuasa antarabangsa yang menyiasat skandal 1MDB, namun Najib yang dikatakan sebagai rakan komplotnya telah dihantar menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang.

Pada 23 Ogos lalu, Najib menjadi bekas Perdana Menteri Malaysia pertama yang dimasukkan ke penjara setelah Mahkamah Persekutuan menolak rayuan akhirnya, dengan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 Julai 2020.

Berita berkaitan
AS$600 juta masuk dalam akaun Najib boleh jejas nilai ringgit, kata saksi kes 1MDB
9 jam lalu· Isu semasa
‘Mencurah wang’ daripada syarikat berkait Jho Low masuk akaun Najib
September 28, 2022· Isu semasa
Selepas dibebaskan, Zahid kini kata undang-undang ditegakkan
September 23, 2022· Politik
Gambar baharu Jho Low diambil penyiasat persendirian didedahkan: Laporan
September 23, 2022· Isu semasa
Popular
Pendakwaan mohon hukuman penjara ditambah 3 bulan terhadap Lokman
September 29, 2022
Tuan Ibrahim sokong cadangan Speaker tetapkan tarikh PRU secara automatik
September 29, 2022
Buat PRU-15 selepas bentang Bajet 2023 itu satu ‘penipuan’, kata penganalisis
September 29, 2022
KPM ambil langkah tangani nasib guru besar, rundingan capai persetujuan: Radzi
September 29, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Bursa ditutup rendah lagi, susut bawah paras 1,400
9 jam lalu · Isu semasa
Buat PRU-15 selepas bentang Bajet 2023 itu satu ‘penipuan’, kata penganalisis
9 jam lalu · Isu semasa
Ringgit jatuh lagi menghampiri RM4.7O berbanding dolar
10 jam lalu · Isu semasa
KPM ambil langkah tangani nasib guru besar, rundingan capai persetujuan: Radzi
10 jam lalu · Isu semasa
Tuan Ibrahim sokong cadangan Speaker tetapkan tarikh PRU secara automatik
12 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Guru besar kekal sebagai pentadbir sekolah, kata Radzi
5 jam lalu
[VIDEO] Kerajaan masih kaji kanabis sebagai rawatan penagih, bukan hukuman
10 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok