Penularan Covid-19: Sidang Dewan Rakyat Isnin ditangguh

July 31, 2021 · Isu semasa

Mesyuarat Khas Dewan Rakyat yang dijadualkan pada Isnin ini ditangguhkan ke satu tarikh yang akan ditetapkan kelak, kata Setiausaha Dewan Rakyat, Nizam Mydin Bacha Mydin dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya penangguhan itu dimaklumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin selaras dengan cadangan Ketua Pengarah Kesihatan serta penilaian risiko semasa yang telah dijalankan oleh Kementerian Kesihatan.

“Pemakluman ini dibuat oleh Perdana Menteri selaras dengan Peraturan Mesyuarat 11(3), Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

“Penangguhan ini adalah selaras dengan cadangan Ketua Pengarah Kesihatan serta penilaian risiko semasa yang telah dijalankan oleh Kementerian Kesihatan susulan perkembangan terbaharu penularan jangkitan Covid-19.

“Kementerian Kesihatan berpendapat bahawa Parlimen Malaysia merupakan lokaliti berisiko untuk berlakunya penularan jangkitan Covid-19,” katanya.

Semalam, Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan mengesan 10 lagi kes jangkitan Covid-19 dikesan ketika kakitangan perubatan melakukan ujian saringan ke atas semua yang hadir di Parlimen sejak pagi hingga jam 8 malam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata seramai 1,183 individu menjalani ujian saringan pengesanan Covid-19 menggunakan ujian kendiri RTK Ag saliva test kit pada 29 Julai 2021.

Daripada jumlah itu katanya, sembilan kes dikesan positif Covid-19 menjadikan secara keseluruhan 10 kes setelah mengambil kira satu kes yang direkodkan pada pagi hari yang sama.

Terdahulu sumber memberitahu Agenda Daily, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dikatakan menjalani kuarantin kendiri setelah menjadi kontak rapat kepada salah seorang pegawainya yang disahkan positif varian Delta Covid-19.

Varian Delta yang dikategorikan sebagai Variant of Concern (VOC) mampu menular dengan pantas dan hanya mengambil masa 15 saat untuk menjangkiti seseorang individu yang tidak mematuhi prosedur operasi standard, terutama dari segi penjarakan fizikal dan pemakaian pelitup muka.

Sumber itu berkata pegawai Ahli Parlimen Langkawi itu telah menjalani dua ujian kendiri RTK Antigen (Ag) saliva, termasuk satu yang dilakukan di Parlimen pada 29 Julai lalu.

Pegawai berkenaan disahkan positif Covid-19 ketika membuat ujian pada pagi Khamis lalu di Parlimen setelah mengalami gejala batuk, kata sumber itu.

Berita berkaitan
Selepas Muhyiddin gesa tangani isu inflasi dan nilai ringgit, baharu Anwar desak
13 jam lalu· Politik
Bakal jemaah haji tidak boleh terus bergantung bantuan kewangan kerajaan
September 21, 2022· Isu semasa
Harga sawit tinggi, nilai ringgit masih terkawal semasa Muhyiddin jadi PM
September 21, 2022· Politik
Semasa PKP pun nilai ringgit tak seteruk ini, tapi UMNO masih nak PRU-15 segera
September 20, 2022· Isu semasa
Popular
Dua PPS banjir dibuka di Klang, paras air 2 daerah berjaga-jaga
September 28, 2022
Semakan kes SRC Najib: Shafee tulis surat minta perbicaraan dipercepat
September 28, 2022
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Buruh binaan maut runtuhan konkrit tingkat 51 Oxley Tower
September 27, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Peguam Najib kata RM60.6j hadiah Saudi, tapi saksi tak dapat sahkan
7 minit lalu · Isu semasa
Ternak babi terbuka punca sumber air, pantai di Kuala Langat tercemar
32 minit lalu · Isu semasa
Cuepacs bantah tubuh Agensi Kawalan Sempadan: Adnan
55 minit lalu · Isu semasa
Maybank tukar SMS OTP kepada Secure2u menjelang Jun 2023
2 jam lalu · Isu semasa
Semakan kes SRC Najib: Shafee tulis surat minta perbicaraan dipercepat
3 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Sampai kiamat pun Guan Eng kata saya menteri gagal, sindir Hishammuddin
18 jam lalu
[VIDEO] PAS komited bersama PN, akan umum hala tuju PRU15
20 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok