Penubuhan CAC kurangkan kesesakan di hospital: KP Kesihatan

June 9, 2021 · Isu semasa

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menubuhkan Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) sejak Januari lalu bagi mengenal pasti pesakit mana yang boleh menjalani pemantauan kendiri dan mana yang perlu dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan (PRKC) atau hospital.

Pada Januari lalu sebanyak 148 CAC telah memulakan operasi dan sehingga kini ia berkembang kepada 198 CAC di seluruh negara. Setiap CAC mempunyai pasukan yang terdiri daripada Pakar Perubatan Keluarga, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Pegawai Perubatan, Penolong Pegawai Perubatan, Jururawat, dan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (PPKP).

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata penubuhan CAC secara tidak langsung akan mengurangkan kesesakan di hospital ketika negara sedang menghadapi peningkatan kes Covid-19 yang mendadak.

“KKM telah menubuhkan Pusat Penilaian Covid-19 (Covid-19 Assessment Centre – CAC) yang berfungsi sebagai pusat sehenti untuk penilaian individu yang disahkan positif sebelum ditentukan sama ada sesuai untuk menjalani isolasi dan pemantauan kendiri di rumah atau memerlukan kemasukan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PRKC) / hospital.

“Inisiatif ini dilaksanakan bagi mengenalpasti kes-kes Covid-19 yang memerlukan rawatan lanjut dirujuk ke PKRC atau hospital, manakala kes-kes Covid-19 yang stabil dibenarkan menjalani pemantauan kendiri di rumah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu katanya, pesakit Covid-19 Kategori 1 atau yang tidak bergejala dan Kategori 2 (bergejala ringan) akan dipantau oleh CAC manakala pihak hospital akan merawat pesakit Kategori 3 dan ke atas.

Dr Noor Hisham berkata, PKRC pula adalah penempatan untuk Pesakit Kategori 1 dan 2 yang tidak layak untuk menjalani isolasi dan pemantauan kendiri di rumah.

Katanya, antara lain penubuhan CAC bertujuan:

  • Mengenalpasti pesakit yang bersesuaian untuk dipantau di rumah atau perlu dimasukkan ke PKRC / hospital;
  • Memantau dan menilai perkembangan pesakit di rumah menggunakan Borang Pemantauan di rumah / MySejahtera; dan
  • Menyelaras rujukan pesakit ke PKRC / hospital jika perlu.

Katanya, kriteria pesakit yang boleh menjalani pemantauan di rumah adalah:

1. Dewasa:

  • Berumur < 60 tahun Kategori 1 dan 2 (gejala ringan). Bagi yang berumur ≥ 60 tahun, perlu dimasukkan ke PKRC / hospital.

2. Kanak-kanak:

Kategori 1: Semua kanak-kanak yang tiada co-morbidity dan mempunyai penjaga yang sesuai; dan
Kategori 2: Hanya kanak-kanak berusia 2 tahun atau lebih yang tiada co-morbidity dan mempunyai penjaga yang sesuai.

3. Keadaan di rumah yang sesuai:

  • Mempunyai kemudahan telefon;
  • Pesakit patuh pada SOP (tinggal di bilik berasingan dari penghuni lain, sebaik-baiknya mempunyai tandas di bilik tersebut);
  • Tiada penghuni yang berisiko tinggi; dan
  • Pesakit mempunyai penjaga yang sesuai di rumah tersebut.

Dr Noor Hisham juga berkata sejak peningkatan kes Covid-19 yang mendadak pada April lalu, beban tugas anggota CAC juga bertambah.

“Terdapat peningkatan 150% daripada jumlah kedatangan pesakit ke CAC, iaitu dari 4,000 sehari ke 10,000 sehari pada 5 Jun 2021. Begitu juga dengan jumlah kes aktif dalam pemantauan CAC yang meningkat 108% dari 5,300 sehari ke 11,000 sehari.

“Selain itu, terdapat peningkatan jumlah kes yang memerlukan rujukan ke hospital (step up care) bagi tempoh dari 23 Mei hingga 5 Jun 2021 iaitu dari 9 kes kepada 35 kes,” katanya.

Berita berkaitan
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Popular
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024
Kes rasuah kementerian RM41j, penulis blog politik kena cekup SPRM
May 12, 2023
Hukuman berat untuk si pendera!
September 9, 2022
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
22 jam lalu · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
22 jam lalu · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok