Pensijilan SIRIM untuk Musang King

June 18, 2022 · Isu semasa

Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) Berhad Perak akan melaksanakan pensijilan durian Musang King bagi menjamin kualiti dan menstabilkan harga ‘raja buah’ itu.

Pengarahnya Mohd Adzhar Ahmad berkata ketika ini pihaknya dengan kerjasama Jabatan Pertanian Negeri Perak dan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) sedang membangunkan piawaian standard khusus untuk pensijilan berkenaan yang dijangka dapat dilaksanakan sebelum penghujung tahun ini.

“Setiap negara ada keperluan untuk mengimport sesuatu produk, sekiranya durian Musang King sudah ada pensijilan, tidak perlu ada banyak dokumentasi sekali gus dapat mengurangkan kerenah birokrasi.

“Selain itu, pensijilan ini juga dapat menyelaraskan harga dari segi gred durian itu jadi tidaklah durian Musang King nanti dijual pada harga tidak munasabah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pekebun Durian Negeri Perak di Ipoh, hari ini.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Pekebun Durian Perak Nor Hisham Nayan berkata pihaknya sedang merancang beberapa inisiatif untuk membantu pekebun durian di negeri ini meningkatkan kualiti tanaman.

Nor Hisham berkata beberapa kursus akan dianjurkan untuk ahli persatuan itu dengan kerjasama pelbagai agensi seperti kursus lanjutan, kursus biodiversiti serta kursus kepada pekebun baharu.

“Kita juga akan melantik ahli jawatankuasa (AJK) di setiap daerah bagi memantau keperluan ahli. Saya bersama AJK akan turun padang memberi khidmat nasihat yang disediakan persatuan mengenai penanaman durian,” katanya dengan menambah persatuan itu mempunyai 500 ahli. – Bernama

Berita berkaitan
Banjir di Baling, Azeez gesa projek Musang King dihentikan
July 5, 2022· Isu semasa
SIRIM perjelas isu sijil pelitup muka, tak ulas jenama dikeluarkan menantu PM?
April 18, 2022· Isu semasa
Ada apa dengan pelitup muka SIRIM?
April 16, 2022· Isu semasa
MOTAC minta garis panduan pelitup muka ikut piawaian SIRIM disediakan
April 10, 2022· Isu semasa
Popular
Ia berlaku seperti jangkaan, kata pendakwaan bantah permohonan Najib
July 6, 2022
Youtuber tarik tudung dua wanita Islam didakwa di mahkamah
July 6, 2022
Rumah saya lebih besar: Zahid beritahu mahkamah isu dua banglo
July 6, 2022
21 Julai keputusan Najib boleh atau tidak dapat khidmat QC Britain
July 6, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kedah tanggung enam bulan sewa rumah mangsa banjir Baling: MB
16 minit lalu · Isu semasa
Zahid mengaku anak diminta pantau pelaksanaan pelaburan dalam hotel
27 minit lalu · Isu semasa
‘Kelakar’ jika tanya penderma duit haram atau tidak, kata Zahid
1 jam lalu · Isu semasa
Maybank naikkan kadar pinjaman asas 25 mata mulai Jumaat
1 jam lalu · Isu semasa
Nilai ringgit jatuh lagi, Bursa Malaysia pula menjunam
2 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir wakaf tapak perkuburan Islam di Kepala Batas
3 jam lalu
[VIDEO] Asia Times sangkal penafian Mat Hasan, kongsi rakaman audio
22 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok