Penonton lengkap vaksin boleh masuk stadium mulai Jumaat

September 29, 2021 · Isu semasa

Acara sukan dalam stadium bakal kembali meriah apabila kerajaan membenarkan kehadiran penonton atau penyokong, khusus bagi individu yang lengkap divaksinasi di semua negeri, berkuat kuasa Jumaat ini.

Kelonggaran itu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selepas beliau mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik hari ini.

Bagaimanapun, di sebalik kelonggaran itu beberapa peraturan dikenakan termasuk tidak boleh makan minum di dalam stadium, kekal memakai pelitup muka selain mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Lebih banyak kelonggaran diberikan kepada negeri Fasa 2, 3 dan 4 dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) termasuk membabitkan kebenaran majlis rasmi kerajaan, swasta.

“Selain itu, turut dibenarkan ialah pembukaan sektor latihan kemahiran dan pusat latihan industri dan kehadiran penonton ke tempat perlawanan sukan serta rekreasi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ismail Sabri berkata, kehadiran penonton dan penyokong ke tempat perlawanan sukan dan rekreasi di negeri Fasa 2, Fasa 3, dan Fasa 4 membabitkan sebelum, semasa dan selepas acara sukan serta rekreasi dengan syarat, penonton atau penyokong sudah lengkap divaksin.

“Selain itu, penonton juga perlu memakai pelitup muka sepanjang perlawanan serta tiada aktiviti makan minum sepanjang berada di stadium.

“Kanak-kanak bawah umur 18 tahun tidak dibenarkan untuk menonton perlawanan di tempat acara sukan berlangsung,” katanya.

Katanya, maklumat lanjut mengenai SOP bagi kelonggaran baharu itu boleh dilayari di laman sesawang rasmi kementerian terbabit serta di laman rasmi www.mkn.gov.my.

Sementara itu, Ismail Sabril berkata, penganjuran majlis rasmi kerajaan dan swasta termasuk perasmian dan bengkel, dibenarkan di negeri Fasa 2 dan Fasa 3, dengan syarat tetamu menerima vaksinasi lengkap dan kapasiti 50 peratus ruang premis, manakala 100 peratus kapasiti penuh bagi negeri Fasa 4.

“Bagi individu yang belum divaksin, mereka perlu menjalani ujian menggunakan kit ujian kendiri air liur sebelum hadir dengan disaksikan oleh penganjur atau pengesahan daripada pengamal perubatan,” katanya.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Setpol Ismail Sabri dikaitkan dalam rakaman audio jatuhkan Najib buat laporan polis
November 25, 2022· Politik
Mangsa banjir di Perak meningkat setakat tengah malam tadi
November 18, 2022· Isu semasa
‘Kedai online’ dedah barangan mewah dimiliki ahli politik
November 16, 2022· Politik
Zahid kata ikut budi bicara Agong, tapi Ismail Sabri kata dirinya calon PM
November 16, 2022· Politik
Popular
Wartawan dinyahkan dari kumpulan WhatsApp PMO?
November 25, 2022
Lelaki muat naik video berunsur perkauman dibebaskan
November 26, 2022
Semua pihak perlu peka isu buli
December 15, 2021
Model pakai seksi: Kerajaan PAS panggil penganjur minggu fesyen
August 10, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Lelaki muat naik video berunsur perkauman dibebaskan
10 jam lalu · Isu semasa
3,024 kes baharu, lapan kematian
22 jam lalu · Isu semasa
Wartawan dinyahkan dari kumpulan WhatsApp PMO?
November 25, 2022 · Isu semasa
Sentiasa buat baik dan buatlah yang terbaik, pesan Radzi
November 25, 2022 · Isu semasa
2,877 kes baharu, lapan kematian
November 25, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin zahir terima kasih, Perikatan tidak akan sertai kerajaan Anwar
November 25, 2022
[VIDEO] Setpol Ismail Sabri dikaitkan rancang jatuhkan Najib
November 25, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok