Penolong setiausaha kementerian terima suapan lebih RM1j ditahan

June 23, 2021 · Isu semasa

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang penolong setiausaha bahagian sebuah kementerian dipercayai menerima rasuah lebih RM1 juta sejak 2016.

Bernama yang memetik sumber SPRM berkata suapan itu dipercayai sebagai balasan membantu syarikat terbabit mendapatkan projek di kementerian berkenaan.

Sumber SPRM itu berkata lelaki berusia 46 tahun itu ditahan kira-kira jam 9 malam di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya semalam selepas hadir memberikan keterangan.

Katanya lelaki berkenaan dipercayai menerima suapan berbentuk wang tunai kira-kira RM300,000, barang kemas, tanah lot berkeluasan dua ekar, rumah kedai dua tingkat dan sebuah motosikal sejak 2016 hingga kini, dengan nilai keseluruhan dianggar lebih RM1 juta.

Suapan itu dipercayai sebagai balasan membantu 11 buah syarikat mendapatkan projek bekalan am, perkhidmatan dan pengangkutan di kementerian terbabit, menurut sumber berkenaan.

Lelaki berkenaan direman lima hari bermula hari ini hingga 27 Jun bagi membantu siasatan menurut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009, katanya.

Berita berkaitan
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024· Isu semasa
Jangan jadi ‘orang suruhan’ untuk kepentingan pihak tertentu, kata MB Kedah
January 8, 2024· Berita
1MDB: SPRM tak teruskan permohonan dapatkan dokumen dari peguam
December 5, 2023· Isu semasa
41 akaun Aman Palestin dibeku SPRM, siasatan sedang berjalan
November 23, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024
Iklan ‘duit raya’ GDBET333 dinyahaktif
April 16, 2021
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok