Penolong pegawai tadbir MBSA lemas ketika menyelam di Pulau Tenggol

May 28, 2022 · Isu semasa

Seorang kakitangan Jabatan Kesihatan Persekitaran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) meninggal dunia ketika melakukan aktiviti menyelam bersama rakannya di perairan Tokong Timur, Pulau Tenggol, hari ini.

Puspasari Aminuddin, 37, penolong pegawai tadbir di jabatan berkenaan ditemui tidak bernafas ketika timbul dari selaman kira-kira jam 9.40 pagi tadi selepas kira-kira 15 minit di dalam air walaupun masa diperuntukkan adalah 45 minit.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Baharudin Abdullah berkata mangsa bersama dua rakannya tiba di Tokong Timor Pulau Tenggol untuk melakukan aktiviti selaman bersama pelancong lain, kira-kira jam 9.25 pagi.

“Bagaimanapun, mangsa didapati terapung di permukaan air selepas 15 minit menyelam dan kejadian itu disedari oleh pemandu bot. Menurut pemandu bot, mangsa sudah tidak bernyawa ketika dibawa naik ke bot,” katanya hari ini.

Baharudin berkata, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk tindakan lanjut.

“Mangsa dikatakan memiliki sijil menyelam dan menyertai trip harian itu dan dijangka pulang semula ke Dungun pada petang ini,” katanya.

Puspasari bersama dua rakannya dikatakan tiba di Dungun jam 10 malam tadi untuk melakukan aktiviti selaman skuba di pulau peranginan itu.

Sementara itu memetik BH, pemandu bot kumpulan itu, Mohamad Sani, berkata beliau pelik apabila melihat mangsa timbul selepas hanya 15 minit menyelam tetapi tidak berbuat apa-apa kerana fikirkan wanita berkenaan mahu berehat atau mengambil nafas.

“Apabila melihat mangsa tidak bergerak, saya mula curiga sebelum menghidupkan enjin bot dan pergi mendapatkan mangsa dalam jarak kira-kira 150 meter. Mangsa tidak menunjukkan tindas balas selepas saya mengejutkan beberapa kali sebelum saya menaikkan dia ke atas bot dan memeriksa nadi,” katanya.

Mohammad berkata, selepas membuat pemeriksaan nadi, mangsa didapati meninggal dunia sebelum segera menghubungi talian kecemasan.

Sementara itu, MBSA dalam kenyataan mengesahkan Puspasari bertugas di Jabatan Kesihatan Persekitaran.

Berita berkaitan
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Agus dipanggil beri keterangan esok terhadap dakwaan gangguan seksual
December 13, 2023· Politik
Popular
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
Hina Islam: Penghantar makanan masuk penjara, gagal bayar denda RM50,000
July 21, 2022
Ditipu pelaburan tak wujud, juruaudit rugi RM1.48 juta
October 12, 2023
Rumah, kereta mewah bernilai RM1.6 juta disita SPRM
September 26, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok