Penjualan aiskrim vanila Haagen-Dazs ditarik balik dari pasaran

August 11, 2022 · Isu semasa

Penjualan aiskrim vanila jenama Haagen-Dazs ditarik balik dari pasaran sejak bulan lepas setelah dikesan mengandungi bahan karsinogenik Ethylene Oxide (ETO) melebihi tahap dibenarkan.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata sejak isu tersebut dilaporkan dan notifikasi diterima bulan lepas, pihak syarikat yang mengimport aiskrim berkenaan telah menarik balik produk terlibat di pasaran secara sukarela, lapor Bernama.

“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum mengenai isu penarikan balik produk aiskrim berjenama Haagen-Dazs dari pasaran Eropah kerana mengandungi bahan karsinogenik Ethylene Oxide (ETO) berdasarkan laporan notifikasi European Union Rapid Alerts Systems for Food and Feed (EURASAFF), ” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata notifikasi tersebut menyatakan terdapat penarikan balik produk aiskrim dari Perancis mengandungi ekstrak vanilla dari Madagascar yang dikesan mengandungi ETO melebihi tahap dibenarkan dan produk itu juga diedarkan ke beberapa negara termasuk Malaysia.

“Pemantauan berterusan juga dilaksanakan bagi memastikan produk terlibat tidak dipasarkan di negara ini,” katanya.

Bahan ETO adalah sebatian gas kimia bersifat karsinogenik dan sering digunakan bagi menjalankan fumigasi atau pewasapan untuk membunuh makhluk perosak seperti serangga.

Selain itu, ia juga digunakan sebagai bahan aktif dalam bahan pencuci tetapi tidak dibenarkan penggunaannya pada permukaan yang bersentuhan makanan.

Dr Noor Hihsham berkata KKM sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara boleh mengancam kesihatan pengguna dan mereka yang ragu-ragu mengenai penjualan produk terlibat boleh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah terdekat.

Pengguna juga boleh menyalurkan pertanyaan melalui laman web http://moh.spab.gov.my atau laman facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) www.facebook.com/bkkmhq.

Berita berkaitan
Tauliah ceramah agama Ustaz Abdullah Khairi ditarik balik MAIS
October 5, 2023· Isu semasa
Kes rasuah Zahid ditarik balik, kenapa DAP senyap sahaja? soal Tuan Ibrahim
September 8, 2023· Politik
Najib mohon batal tiga lagi pertuduhan pengubahan wang dana SRC
August 18, 2023· Isu semasa
1MDB: Pendakwaan tarik balik rayuan lucut hak, wang UMNO disita dipulangkan
February 7, 2023· Isu semasa
Popular
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024
Jalan tertinggi di Malaysia dibuka
January 14, 2022
Bahasa Melayu bahasa rakyat Malaysia
April 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok