Penjenayah alam sekitar bakal didenda RM10 juta

October 20, 2021 · Isu semasa

Pindaan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (AKAS 1974) mencadang mewujudkan denda minimum tidak kurang daripada RM5,000 dan denda maksimum tidak lebih RM10 juta kepada pelaku jenayah pencemaran alam sekitar.

Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA), Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata pindaan AKAS 1974 dijangka dibentangkan di Parlimen pada suku pertama tahun depan.

Menurutnya, rakyat mendesak agar hukuman setimpal dikenakan terhadap penjenayah alam sekitar terutama membabitkan kes pencemaran sungai.

Katanya, kementerian sudah mengkaji dan mencadangkan pindaan AKAS 1974 untuk dipertimbangkan di Parlimen.

“Insya-Allah, pindaan ini akan dibentangkan pada suku pertama 2022 di Parlimen tertakluk kepada kelulusan jemaah menteri dan doakan agar proses pindaan ini berjalan lancar demi kesejahteraan rakyat dan kelestarian alam sekitar,” kata Tuan Ibrahim di Facebooknya.

Pada April lalu, media melaporkan, Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) menggesa kerajaan meminda AKAS 1974 bagi mengenakan hukuman lebih berat kepada pihak industri yang gagal melaksanakan pengurusan bahan buangan mengikut peraturan ditetapkan.

Presidennya, Tan Sri Soh Thian Lai, berkata pindaan akta itu disifatkan penting bagi memberi pengajaran buat pihak pengurusan yang gagal melabur atau mengambil langkah untuk melaksanakan pengurusan persekitaran betul serta sistem pembuangan sampah yang dapat mengurangkan risiko terhadap alam sekitar.

Selain itu, Tuan Ibrahim berkata, intipati cadangan pindaan fasa 1 ini membabitkan cadangan menaikkan kompaun daripada RM2,000 kepada tidak lebih 50 peratus daripada jumlah penalti maksimum yang diperuntukkan bagi kesalahan.

Katanya, cadangan juga mengenakan hukuman mandatori penjara tidak lebih lima tahun terutama membabitkan kesalahan pencemaran air dan Laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA).

Ketika ini, pihak disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 34B akta berkenaan boleh didenda tidak melebihi RM500,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya.

Berita berkaitan
Bekas guru calon PN di PRK DUN Pelangai
September 21, 2023· Politik
Jangan hina pakaian Nabi, amaran PAS kepada DAP
August 11, 2023· Politik
PRN: SPRM tiada hasrat perkenal garis panduan rasuah
July 31, 2023· Politik
SPRM kata tiada unsur rasuah, PAS kata mengelirukan rakyat
July 30, 2023· Politik
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Yusri Ketua Polis Perak baharu
August 25, 2022
Kemiskinan berleluasa, ketidakstabilan ekonomi akibat rasuah
February 8, 2023
Reka bentuk baharu jalan Bukit Kayu Hitam ke Sadao siap November
August 28, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok