Penjawat awam Selangor dapat ‘duit raya’ tapi selepas Aidilfitri

April 23, 2021 · Isu semasa

Kerajaan Selangor pada Jumaat mengumumkan pemberian ‘duit raya’ menerusi Bantuan Khas Kewangan (BKK) kepada penjawat awam negeri sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000

Sumbangan itu turut membabitkan anggota perkhidmatan kerajaan negeri yang gaji mereka dibayar oleh Kerajaan Persekutuan, kata Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari.

“Anggaran implikasi kewangan BKK ini adalah sebanyak RM22.675 juta dan akan disalurkan pada 19 Mei 2021 (7 Syawal 1442H),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau juga mengumumkan bantuan RM500 kepada petugas masjid seperti imam, nazir, siak dan bilal yang akan disumbangkan oleh anak syarikat kerajaan negeri.

Katanya, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Pegawai Perhubungan Kampung Baru/ Bagan/ Tersusun, Ketua Komuniti India dan Penyelia Wanita Berdaya (PWB), pula akan menerima RM1,000.

“Penggerak Belia Selangor (PeBs) pula bakal menerima BKK sebanyak RM500,” katanya.

Berita berkaitan
PH hanya kritik Ismail Sabri tapi bukan desak PRU-15 awal, kata pemimpin
July 3, 2022· Politik
Ku Li jangka nilai ringgit jatuh lagi, gesa kerajaan campur tangan
July 2, 2022· Isu semasa
Malaysia bukan di planet lain, isu kos sara hidup berlaku seluruh dunia: PM
July 2, 2022· Isu semasa
Menteri UMNO tolak cadangan potong gaji, tak selesai harga barang naik
June 25, 2022· Isu semasa
Popular
Mahkamah tolak permohonan Zahid tangguh prosiding kes rasuah
July 4, 2022
Shafee hidap laringitis: Kes Najib, laporan audit didengar 12 Ogos
July 4, 2022
Perbicaraan pengesahan lafaz cerai MB Perlis ditetapkan 25 Ogos
July 4, 2022
Nissan Skyline R32 dipamer di Art of Speed dirampas polis
July 3, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Syed Saddiq arah keluar tunai RM1 juta dari bank: Saksi pendakwaan
37 minit lalu · Isu semasa
Lelaki bogel tunggang motosikal ditahan disyaki bunuh isteri, bayi
56 minit lalu · Isu semasa
Gempur kilang, sempadan sekat seleweng minyak masak subsidi: PM
1 jam lalu · Isu semasa
Maybank IB pula unjur OPR naik 100 bps untuk 12 bulan akan datang
2 jam lalu · Isu semasa
Aidiladha: Lebih 2.3 juta kenderaan bakal guna KLK, LPT pada 8-11 Julai
3 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok