Penjara, denda: Pengurusan kes rayuan Rosmah 5 Oktober

September 9, 2022 · Isu semasa

Rayuan Datin Seri Rosmah Mansor terhadap sabitan kesalahannya, hukuman penjara 10 tahun dan denda RM970 juta bagi rasuah membabitkan projek solar hibrid RM1.25 bilion untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak, ditetapkan untuk pengurusan kes pada 5 Oktober.

Peguamnya, Datuk Akberdin Abdul Kader ketika dihubungi mengesahkan tarikh pengurusan kes.

Pengurusan kes akan diadakan di hadapan timbalan pendaftar Mahkamah Rayuan, lapor Bernama.

Pada 1 September lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Mohamed Zaini Mazlan mendapati isteri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu gagal dalam pembelaannya terhadap tiga pertuduhan meminta suapan RM187.5 juta dan menerima suapan masing-masing berjumlah RM1.5 juta, serta RM5 juta berkaitan projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar di 369 sekolah luar bandar di Sarawak bernilai RM1.25 bilion.

Dalam ringkasan keputusan 100 muka surat, Mohamed Zaini berkata beliau mendapati tertuduh gagal menyangkal andaian bahawa dia tidak menerima jumlah wang itu.

Beliau kemudian menjatuhi hukuman penjara 10 tahun dan denda RM970 juta dan jika Rosmah, 70, gagal membayar denda itu, dia boleh dihukum penjara 30 tahun.

Mahkamah Tinggi, bagaimanapun, membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara dan denda sementara menunggu rayuannya ke Mahkamah Rayuan.

Rosmah kemudiannya memfailkan rayuan terhadap sabitan dan hukumannya pada 2 September.

Dalam notis rayuannya, Rosmah berkata dia tidak berpuas hati dengan keputusan keseluruhan Hakim Mahkamah Tinggi dan mahu merayu terhadap keputusannya.

Dia juga merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya untuk melucutkan kelayakan Mohamed Zaini daripada mendengar dan memutuskan kesnya.

Berita berkaitan
Bunuh teman wanita: Bekas pemandu bas terlepas hukuman gantung, dipenjara 40 tahun
16 jam lalu· Isu semasa
Kumpulan peguam persoal PH dan PMX membisu hukuman penjara Wan Ji
September 26, 2023· Isu semasa
Mahkamah kembalikan perintah pengharaman buku Gay is Okay! A Christian Perspective”
September 25, 2023· Isu semasa
Pemandu bas sekolah dijatuhi hukuman penjara lapan tahun kerana meliwat
September 20, 2023· Isu semasa
Popular
Hassan pertahan pendedahan bekalan barang terputus kerana ia adalah fakta
September 26, 2023
Jangan gopoh, kata Mat Sabu ulas gesaan halang warga asing beli beras
September 26, 2023
Kumpulan peguam persoal PH dan PMX membisu hukuman penjara Wan Ji
September 26, 2023
Perbicaraan Ebit Liew: Saksi beritahu pemacu pena ada bahan berunsur lucah
September 26, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Hassan pertahan pendedahan bekalan barang terputus kerana ia adalah fakta
16 jam lalu · Isu semasa
Perbicaraan Ebit Liew: Saksi beritahu pemacu pena ada bahan berunsur lucah
16 jam lalu · Isu semasa
Jangan gopoh, kata Mat Sabu ulas gesaan halang warga asing beli beras
22 jam lalu · Isu semasa
Permohonan lelaki bunuh kekasih hamil dirujuk psikiatri ditolak mahkamah
22 jam lalu · Isu semasa
Kedah dan Perlis dilanda banjir, PPS dibuka pindahkan mangsa
September 26, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Rakyat jangan emosi warga asing beli barangan subsidi, isu sengaja diperbesarkan
15 jam lalu
[VIDEO] Saya bukan saintis, boleh belajar proses REE dari Lynas, kata menteri
19 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok