PENJANA: RM1.393 bilion sudah disalur kepada PKS

April 30, 2021 · Isu semasa

Kerajaan meluluskan pinjaman berjumlah RM1.393 bilion kepada 7,424 pemohon mengikut program Pembiayaan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) setakat 16 April 2021.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, menerusi program berkenaan kerajaan memperuntukkan sebanyak RM2 bilion kepada PKS yang belum pernah mendapat pinjaman bank sebelum ini.

Katanya, bagi tempoh yang sama seramai 12,662 PKS mikro termasuk dalam bidang peruncitan dan perkhidmatan telah menerima manfaat Pembiayaan Mikro Kredit PENJANA di bawah Bank Simpanan Nasional (BSN) berjumlah RM421.1 juta.

Beliau berkata demikian dalam laporan Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA) Ke-51, yang dikeluarkan hari ini.

Tengku Zafrul berkata, kerajaan menyediakan peruntukan sebanyak RM1 bilion kepada PKS dan PKS mikro yang masih terkesan dengan pandemik Covid-19.

“Setakat 16 April, terdapat 644 permohonan bagi pembiayaan ini, dan daripada jumlah ini sebanyak 321 permohonan telah diluluskan dengan jumlah pembiayaan sebanyak RM63.9 juta,” katanya.

Sebagai sokongan kepada penggunaan teknikal dan digital bagi PKS dan syarikat pada peringkat pertengahan, RM65.3 juta telah disalurkan kepada 13,864 perniagaan dalam bentuk geran dan pinjaman untuk langganan perkhidmatan digitalisasi.

Bagi program subsidi upah (PSU) 1.0, seramai 322,177 majikan dan 2.64 juta pekerja telah menerima manfaat PSU di bawah PRIHATIN dan PENJANA, dan setakat 16 April, permohonan subsidi upah yang diluluskan telahpun mencapai nilai RM12.872 bilion.

“Sementara itu, di bawah KITA PRIHATIN pula, kita ada Program Subsidi Upah (PSU 2.0) dan setakat 16 April, sejumlah RM1.148 bilion telah disalurkan kepada 73,210 majikan untuk terus beroperasi dan mengekalkan penggajian bagi 631,801 pekerja.

“Di bawah program insentif pengambilan pekerja dan bantuan latihan, seramai 132,403 pekerja telah berjaya mendapat pekerjaan melalui program ini, dan antara industri dan sektor utama yang mengambil pekerja termasuk pembuatan serta perdagangan borong dan runcit,” katanya.

Tengku Zafrul berkata, antara inisiatif lain kerajaan termasuklah elaun khas barisan hadapan dan setakat 16 April, sebanyak RM656.57 juta telah disalurkan berdasarkan 1,876,632 tuntutan berbanding RM647.33 juta berdasarkan 1,822,927 tuntutan pada minggu sebelumnya kepada doktor, jururawat dan kakitangan perubatan lain yang terlibat secara langsung dalam pengurusan dan pembendungan wabak Covid-19.

Katanya, elaun khas ini juga dipanjangkan kepada anggota tentera, polis, kastam, imigresen, bomba, anggota Angkatan Pertahanan Awam serta anggota (RELA) yang terlibat secara langsung dalam melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Bagi inisiatif di bawah Agensi Pembangunan Ekonomi Budaya Malaysia (Cendana), sebanyak RM3.01 juta telah disalurkan kepada 469 penerima berbanding RM 2.43 juta yang disalurkan kepada 441 penerima sebelum ini.

“Penerima terdiri daripada kalangan seniman, kolektif dan organisasi yang terlibat aktif dalam sektor seni dan budaya Malaysia,” katanya.

Berita berkaitan
Subsidi 2022 terbesar dalam sejarah bagi ringankan beban rakyat, kata MOF
June 25, 2022· Isu semasa
Negara masih mempunyai wang tampung subsidi bahan api: Zafrul
June 10, 2022· Isu semasa
KWSP umum butir pengeluaran KWSP dalam masa terdekat: Zafrul
March 16, 2022· Isu semasa
Adakah kita di landasan pemulihan dan perancangan fiskal yang betul?
February 15, 2022· Rencana
Popular
Lokman dituduh hina mahkamah ketika prosiding kes Zahid berjalan
June 30, 2022
Zahid dakwa tertekan, tak nafi guna dana YAB bayar kad kredit
June 30, 2022
Zahid diingat jaga sikap, mahkamah bukan kedai kopi, MT UMNO
June 30, 2022
Bank saman bekas presiden, 17 lagi isu pinjaman RM400 juta: Laporan
June 29, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Lesen pengilang enggan beli sawit, jejas minyak masak digantung
2 jam lalu · Isu semasa
JPA kaji waktu kerja 4 hari seminggu
3 jam lalu · Isu semasa
SRC: 29 Julai pengurusan kes Najib jawab afidavid pendakwaaan
3 jam lalu · Isu semasa
APMM aktifkan operasi cari bot bawa 13 pemancing, kru
3 jam lalu · Isu semasa
Agihan pendapatan ASB 3 Didik 4.25 sen
5 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Marah disaman tiada lesen, langgar kereta JPJ sehingga terbalik
4 jam lalu
[VIDEO] Presiden parti politik dalang ‘kad kebal’ warga asing
9 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok