Penjaga kena kompaun bawa budak bawah 12 tahun di tempat awam

June 1, 2021 · Isu semasa

Larangan penuh bagi kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah berada di tempat awam adalah antara beberapa peraturan baharu yang dikuatkuasakan sepanjang perintah ‘total lockdown’ mulai hari ini.

Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam pengumuman itu berkata, kanak-kanak terbabit hanya boleh berada di kawasan awam hanya untuk tujuan kecemasan, pendidikan dan bersenam.

“Kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah tidak dibenarkan untuk berada di tempat dan kemudahan awam kecuali bagi tujuan kecemasan, rawatan, pendidikan dan senaman,” kata kenyataan MKN.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, semalam menjelaskan pihak berkuasa boleh membuka kertas siasatan terhadap mana-mana ibu bapa yang ingkar kerana mendedahkan kanak-kanak berusia bawah 18 tahun kepada Covid-19, dengan membawa mereka ke tempat berisiko, termasuk kawasan sesak.

Kertas siasatan itu boleh dibuka atas kesalahan melanggar SOP yang ditetapkan Majlis Kesihatan Negara (MKN), memandangkan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 tiada peruntukan pihak berkuasa boleh berbuat demikian.

Sebelum ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan sebayak 82,341 kes Covid-19 dikesan dalam kalangan individu berusia di bawah 18 tahun, bagi tempoh antara 25 Januari hingga Ahad lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, ketika menyuarakan kebimbangan berhubung penularan jangkitan terhadap golongan sedemikian, berkata 19,851 kes membabitkan bayi berusia bawah empat tahun.

Katanya, bagi tempoh sama sebanyak 8,237 kes pula merangkumi kanak-kanak berusia lima hingga enam tahun.

“KKM juga merekodkan 26,851 kes dan 27,402 kes, masing-masing bagi individu berusia tujuh hingga 12 tahun serta 13 hingga 17 tahun,” katanya.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Atasi segera isu pemerdagangan manusia
August 27, 2022
Punca penderaan di taska meningkat
April 24, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok