Penjadualan janji temu suntik vaksin AstraZeneca bagi elak bersesak

May 10, 2021 · Isu semasa

Jadual janji temu di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) AstraZeneca (AZ) di PWTC terpaksa ditukar bagi mengelak keadaan bersesak dan supaya penjarakan fizikal dapat dijamin, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin.

Sebanyak 2,800 janji temu yang dijadualkan pada 15 dan 16 Mei akan dipinda ke tarikh antara 17 hingga 23 Mei ini, malah peningkatan jangkitan kes kebelakangan ini juga agak membimbangkan, kata Khairy lagi.

“Hampir 19,000 janji temu vaksinasi telah ditetapkan pada dua hari tersebut sejajar dengan kapasiti penuh PPV AZ WTC.

“Bilangan ini akan dikurangkan kepada 8,100 janji temu sehari atau 16,200 untuk dua hari tersebut. Kapasiti penuh di WTC ialah lebih 9,000 sehari,” katanya lapor Bernama.

Khairy juga berkata perubahan tarikh berkenaan akan dimaklumkan kepada penerima vaksin AstraZeneca melalui pesanan ringkas (SMS) dan juga notifikasi aplikasi MySejahtera yang akan dihantar mulai esok (11 Mei).

Bagi memastikan penjarakan fizikal di WTC ditingkatkan, beliau berkata Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) telah menambah bilangan dewan yang akan digunakan di PPV AZ, WTC.

“Bermula Rabu (12 Mei) ini, Dewan Tun Hussein Onn dan Dewan Tun Ismail tidak akan digunakan lagi. Sebaliknya, tiga dewan yang lebih luas akan dibuka iaitu Dewan Merdeka, Dewan Tun Razak 3 dan Dewan Tun Razak 4.

“Dalam usaha mencapai imuniti kelompok dan untuk vaksinasi rakyat Malaysia secepat mungkin, kami seboleh-bolehnya ingin menggunakan kapasiti setiap PPV secara optimum,” katanya.

Bagi mereka yang diletakkan di bawah senarai menunggu bagi menerima vaksin AstraZeneca, Khairy berkata mereka hanya perlu hadir ke PPV setelah dihubungi oleh petugas dan walk-in sama sekali tidak dibenarkan.

Beliau berkata terdapat kira-kira 60,000 orang yang memilih untuk meletakkan nama mereka di bawah senarai menunggu kerana ketiadaan slot.

“Pada setiap hari, satu senarai menunggu kami akan keluarkan kepada PPV AZ dan mereka yang ada dalam senarai menunggu ini akan diberikan notifikasi di MySejahtera bahawa mereka telah dimasukkan dalam senarai menunggu janji temu pada hari tersebut.

“Jika ada kekosongan, PPV berkenaan akan menelefon mereka yang ada di dalam senarai menunggu tersebut. Oleh itu, sekiranya anda tidak dipanggil oleh PPV, jangan hadir di PPV.

“Petugas di PPV akan membuat panggilan secara beransur-ansur mengikut statistik lebihan vaksin berdasarkan ketidakhadiran penerima berjadual,” katanya.

Khairy berkata penerima vaksin dalam senarai menunggu jika dipanggil, boleh menunjukkan notifikasi MySejahtera kepada anggota keselamatan dalam perjalanan ke PPV di sekatan jalan raya.

Sekiranya mereka yang dalam senarai menunggu tidak dapat hadir walaupun telah mengesahkan kehadiran, pihak PPV akan memberikan vaksin yang telah dibuka kepada bakal penerima yang berada di PPV tersebut bagi mengelakkan pembaziran vaksin kerana ia tidak boleh disimpan semula, katanya.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Hubungi 997 jika kena scam
October 14, 2022
Jangan sewa akaun bank kepada scammer, elak jadi mangsa penipuan
September 20, 2021
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Bantah tulisan Jawi serlah sikap Islamofobia pemimpin DAP
January 19, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok