Peningkatan vaksinasi harian hasil pelaksanaan program yang berkesan, kata PM

June 11, 2021 · Isu semasa

Keberkesanan pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) sudah menunjukkan hasil apabila jumlah pemberian vaksin harian semakin meningkat sejak ia dilancarkan 24 Feb lepas, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perdana Menteri melahirkan rasa bersyukur melihat keberkesanan program tersebut, bagaimanapun menggesa supaya orang ramai untuk mendaftarkan janji temu suntikan vaksin dengan segera dan memberi jaminan vaksin yang diberikan selamat serta mampu memberi perlindungan daripada virus Covid-19.

“Alhamdulillah vaksinasi sudah meningkat… semalam lebih 156,000 orang (terima suntikan vaksin) dan ia akan meningkat sampai 200,000 ke 250,000 pada Julai dan seterusnya 300,00 hingga 400,000 sehari.

“Ini membuktikan program imunisasi berjalan dengan baik dan yang penting kita nak lebih ramai mendaftar dengan MySejahtera ini (untuk mendapatkan suntikan vaksin). Tidak perlu bimbang dan takut kerana terbukti, dengan vaksin kita ada perlindungan atau antibodi bagi menjauhkan kita daripada wabak Covid-19,” kata beliau dipetik Bernama.

Terdahulu, Muhyiddin melawat Hospital Pakar Kanak-Kanak Universiti Kebangsaan Malaysia dan meninjau pusat pemberian vaksin secara pandu lalu Hospital Canselor Tuanku Muhriz.

Turut hadir Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba dan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.

Muhyiddin berkata kerajaan memberi jaminan setiap rakyat yang layak mendapat suntikan vaksin akan menerimanya bagi mencapai sasaran imuniti kelompok sebelum akhir tahun ini seterusnya memastikan keadaan negara termasuk sistem kesihatan bertambah baik selain ekonomi terus pulih.

“Sebab itu kita tambah Pusat Pemberian Vaksin sehingga 600, unit bergerak dan pandu lalu, kita pergi ke luar bandar supaya tiada rakyat yang patut dapat vaksin tertinggal.

“Ada sesetengah tempat ada Orang Kurang Upaya, kita pergi ke kawasan mereka untuk (mudahkan mereka) dapat rawatan dan langkah yang kita ambil ini adalah secara holistik iaitu ‘whole of society, whole of government’ bagi menentukan kita berjaya memerangi wabak COVID-19,” kata beliau.

Dalam perkembangan berkaitan, Muhyiddin berkata penguatkuasaan Ordinan Darurat bagi membendung penularan wabak Covid-19 berjaya memastikan sistem kesihatan di negara ini tidak runtuh.

Perdana menteri berkata menerusi ordinan itu, Kementerian Kesihatan boleh menggunakan peruntukan yang ada untuk mengambil alih dan menggunakan mana-mana hospital termasuk swasta bagi dijadikan hospital khusus merawat pesakit Covid-19.

Berita berkaitan
I’m not a fugitive, investigations had political undertones
August 17, 2023· Rencana
Pertuduhan terhadap Muhyiddin berniat jahat, 3 pertuduhan juga harus gugur: Azmin
August 15, 2023· Isu semasa
Jangan beri BN-PH walau 1 undi : Muhyiddin
August 12, 2023· Politik
Ada kerajaan tapi tidak berfungsi : Muhyiddin
August 8, 2023· Politik
Popular
Hassan pertahan pendedahan bekalan barang terputus kerana ia adalah fakta
September 26, 2023
Jangan gopoh, kata Mat Sabu ulas gesaan halang warga asing beli beras
September 26, 2023
Kumpulan peguam persoal PH dan PMX membisu hukuman penjara Wan Ji
September 26, 2023
Perbicaraan Ebit Liew: Saksi beritahu pemacu pena ada bahan berunsur lucah
September 26, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Nilai ringgit cecah RM4.70 berbanding dolar, susut lagi
29 minit lalu · Isu semasa
Hassan pertahan pendedahan bekalan barang terputus kerana ia adalah fakta
16 jam lalu · Isu semasa
Bunuh teman wanita: Bekas pemandu bas terlepas hukuman gantung, dipenjara 40 tahun
16 jam lalu · Isu semasa
Perbicaraan Ebit Liew: Saksi beritahu pemacu pena ada bahan berunsur lucah
16 jam lalu · Isu semasa
Jangan gopoh, kata Mat Sabu ulas gesaan halang warga asing beli beras
22 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Rakyat jangan emosi warga asing beli barangan subsidi, isu sengaja diperbesarkan
16 jam lalu
[VIDEO] Saya bukan saintis, boleh belajar proses REE dari Lynas, kata menteri
20 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok