Peniaga hargai bantuan, yakin perniagaan kembali pulih: Muhyiddin

September 13, 2021 · Isu semasa

Rata-rata peniaga menghargai bantuan tunai yang disalurkan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) sejak Mac 2020 seperti Bantuan Prihatin Nasional (PRIHATIN), dan Bantuan Khas Covid-19, yang diteruskan kerajaan pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai sebuah #KerajaanPrihatin sebelum ini tidak pernah mengabaikan bantuan kepada rakyat sebaliknya peruntukan melalui Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) terus disalurkan.

Bekas Perdana Menteri itu berkata kerajaan sebelum ini telah membelanjakan lebih RM25 bilion sebagai bantuan tunai kepada rakyat yang dapat memanfaatkan lebih 10.6 juta orang.

“Pada separuh kedua 2021, sebanyak RM10 billion bantuan tunai telah diperuntukkan melalui PEMULIH.

“Sememangnya sebagai sebuah #KerajaanPrihatin, kita tidak pernah putus-putus cuba membantu rakyat meringankan beban yang ditanggung ketika pandemik ini,” katanya dalam kenyataan hari ini setelah melawat pusat perniagaan di AEON AU2 Setiawangsa di Taman Keramat, Kuala Lumpur, petang tadi.

Sebelum ini, ketika menerajui Kerajaan PN, beliau melancarkan pelbagai program bantuan kepada rakyat dan mereka yang terkesan akibat penularan Covid-19.

Malah dalam Belanjawan 2021 yang diumumkan pada 6 November tahun lalu, Kerajaan PN menyediakan peruntukan terbesar dalam sejarah negara sebanyak 322.5 bilion ringgit, khusus untuk menangani krisis yang dihadapi.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata pada kunjungan untuk melihat sendiri pembukaan sektor ekonomi di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN) beliau mendengar sendiri rintihan peniaga di lapangan.

Sejak Jumaat lalu, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya memasuki Fasa Dua PPN dan rakyat di negeri tersebut kini dapat menikmati lebih banyak kelonggaran terutamanya bagi akitiviti ekonomi dan sosial.

“Dalam kunjungan saya ke kompleks beli-belah ini, para peniaga berkongsi situasi “on the ground” setelah mula beroperasi semula.

“Seperti kunjungan-kunjungan saya sebelum ini, saya ingin mendengar sendiri daripada mulut peniaga tentang pengalaman dan rintihan mereka dalam berhadapan cabaran mencari rezeki ketika musim pandemik.

“Sememangnya, angka dan data yang dikumpul tidak akan lengkap jika kita tidak mendengar sendiri suara rakyat. Ada yang mengadu kepada saya tentang cabaran perniagaan yang dihadapi sepanjang tempoh “lockdown” termasuk kerugian yang ditanggung.

“Namun Alhamdulllah, rata-rata peniaga menghargai bantuan-bantuan tunai yang telah disalurkan Kerajaan sejak Mac 2020 seperti Bantuan Prihatin Nasional dan Bantuan Khas Covid baru baru ini,” katanya.

Muhyiddin juga kagum melihat kecekalan peniaga yang tabah meneruskan usaha mereka mencari rezeki yang halal, dan mereka menzahirkan rasa optimistik bahawa perniagaan mereka akan beransur pulih.

“Saya juga berkesempatan beramah mesra dengan para pengunjung termasuk anak-anak kecil yang sudah mula menikmati cuti sekolah mereka. Sememangnya pengurusan wabak Covid-19 ini memerlukan bukan sahaja penglibatan secara menyeluruh oleh Kerajaan (Whole of Government) malah masyarakat (Whole of Society) juga amat penting.

“Tindakan Kerajaan untuk menubuhkan Pasukan Bertindak Khas ataupun Greater Klang Valley Special Taskforce telah berjaya mengawal penularan Covid-19 dan memperkukuhkan kesiapsiagaan sistem kesihatan.

“Operasi Lonjakan Kapasiti di Lembah Klang bagi mempercepatkan proses vaksinasi juga telah membuahkan hasil sehingga nilai-nilai ambang bagi peralihan ke Fasa Dua dapat dicapai,” katanya.

Sehubungan itu, Muhyiddin berkata mesyuarat MPN pada Isnin depan akan memberi fokus kepada pembukaan sekolah dan institusi pengajian tinggi secara teratur dan selamat.

“Sebagai Pengerusi MPN, saya akan memastikan pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaaan dipergiatkan lagi bagi memastikan semua yang layak akan menerima suntikan vaksin. Insya-Allah, dengan kerjasama orang ramai, kita dapat menangani pandemik Covid-19 ini sebagai satu Keluarga Malaysia,” katanya.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Tuduhan seleweng dana, SPRM mohon bantuan pihak buat dakwaan cari bukti
16 jam lalu· Isu semasa
Tiada apa nak disorokkan, kata Tengku Zafrul
19 jam lalu· Isu semasa
Keputusan PRU Parlimen Padang Serai, DUN Tioman penentu landskap politik negara
December 7, 2022· Politik
Saya seleweng RM600 bilion?
December 5, 2022· Rencana
Popular
Bos Mydin jawab idea import telur dicadang Mat Sabu tak masuk akal
December 8, 2022
Tuduhan seleweng dana, SPRM mohon bantuan pihak buat dakwaan cari bukti
December 8, 2022
Satu lagi nama kementerian ditukar oleh kerajaan campuran baharu
December 8, 2022
Tiada apa nak disorokkan, kata Tengku Zafrul
December 8, 2022
Lagi Isu semasa terkini
1,616 kes baharu, empat kematian
2 jam lalu · Isu semasa
PN sedia berdepan PRN serentak di enam negeri: Tuan Ibrahim
15 jam lalu · Isu semasa
1MDB: Saksi beritahu Jho Low sering jemput ke pangsapuri peribadi
15 jam lalu · Isu semasa
Bos Mydin jawab idea import telur dicadang Mat Sabu tak masuk akal
16 jam lalu · Isu semasa
Satu lagi nama kementerian ditukar oleh kerajaan campuran baharu
18 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Satu lagi laporan polis dakwa Anwar ligat fitnah Perikatan
December 7, 2022
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar fitnah Perikatan dibiayai syarikat judi
December 7, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok