Peniaga alat ganti kenderaan terlepas hukuman gantung

September 11, 2022 · Isu semasa

Seorang peniaga alat ganti kenderaan terlepas hukuman gantung apabila Mahkamah Tinggi di sini, hari ini melepas dan membebaskannya daripada pertuduhan mengedar 342.3 gram methamphetamine empat tahun lepas.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Mohamad Abazafree Mohd Abbas membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh Wan Muhammad Azlan Wan Mahamod, 34, lapor Bernama.

Mohamad Abazafree dalam penghakimannya berkata mahkamah mendapati pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah menerusi isu berkaitan akses bilik tertuduh, kehadiran orang lain di kediaman tertuduh dan kewujudan sebuah kereta jenis Proton Satria di lokasi serbuan milik orang lain.

“Tertuduh telah membuat pembelaan dengan keterangan bersumpah. Dalam keterangannya dari peringkat awal pendakwaan, seorang lelaki bernama Mohd Harif Mohd Azmi telah datang tidur di bilik tertuduh sebelum kediaman itu diserbu polis,” katanya.

Wan Muhammad Azlan didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (Akta 234) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup. Jika tidak dijatuhi hukuman mati, hendaklah dikenakan sebatan tidak kurang 15 kali.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di dalam bilik di sebuah rumah di Kampung Kepas, Jalan Banggol Jering, Pasir Mas lebih kurang 4.10 pagi pada 2 Sept 2018.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Norazlinawati Mohd Arshad manakala tertuduh diwakili peguam Ahmad Nizam Mohamed.

Berita berkaitan
Formula baharu Rafizi, perluas model pekerja sambilan bagi pengusaha restoran
January 27, 2023· Isu semasa
Kes bunuh pengawal keselamatan, tertuduh dijatuhi hukuman mati
January 27, 2023· Isu semasa
Pendakwaan berjaya buktikan kes prima facie, Syed Saddiq kena bela diri
October 28, 2022· Isu semasa
Notis writ saman kakak Jho Low melalui akhbar Singapura
October 25, 2022· Isu semasa
Popular
KWSP: Kenapa PH-BN gagal fahami kesusahan, keterdesakan rakyat?
March 30, 2023
KWSP: Seorang pencarum berjalan dari Johor ke Istana Negara tuntut pengeluaran
March 29, 2023
Basikal lajak: Rayuan terakhir Sam Ke Ting, apa yang perlu diketahui
March 31, 2023
MB Kedah arah agensi negeri beri komitmen 100% acara Persekutuan
March 31, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Basikal lajak: Rayuan terakhir Sam Ke Ting, apa yang perlu diketahui
2 jam lalu · Isu semasa
Wan Saiful terus beri semangat kepada pencarum KWSP jalan kaki
3 jam lalu · Isu semasa
MB Kedah arah agensi negeri beri komitmen 100% acara Persekutuan
3 jam lalu · Isu semasa
Enam stesen LRT diberhentikan operasi, baiki landasan
3 jam lalu · Isu semasa
RM420 juta belanja enam PRN
16 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Machang tak buat laporan polis, dakwaan Jelutong berniat jahat
March 29, 2023
[VIDEO] Bantah bahasa Inggeris dalam RUU, Besut digantung tiga hari
March 29, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok