Pengurusan rayuan Isa Samad bagi kes rasuah pada 8 Sept

July 27, 2022 · Isu semasa

Mahkamah Rayuan menetapkan 8 Sept ini untuk pengurusan kes berhubung rayuan bekas Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad terhadap sabitan serta hukuman penjara dan denda atas sembilan pertuduhan rasuah RM3 juta berkaitan pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites (MPHS) di Kuching, Sarawak.

Tarikh itu ditetapkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Rayuan Tan Chai Wei ketika pengurusan kes secara dalam talian hari ini, menurut laporan Bernama.

Timbalan Pendakwa Raya Afzainizam Abdul Aziz semasa dihubungi berkata pengurusan kes selanjutnya itu ditetapkan kerana rekod rayuan belum siap.

Pada 3 Feb tahun lepas, Mahkamah Tinggi mensabitkan Mohd Isa, 72, atas sembilan pertuduhan rasuah RM3 juta.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara enam tahun bagi setiap pertuduhan menjadikan keseluruhan 54 tahun serta denda RM15.45 juta atau dipenjara 18 tahun jika gagal membayar denda berkenaan.

Bagaimanapun Mohd Isa hanya perlu menjalani hukuman penjara enam tahun setelah Hakim Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali (kini merupakan Hakim Mahkamah Rayuan) memerintahkan kesemua hukuman penjara itu berjalan serentak.

Mahkamah menaikkan jumlah jaminan daripada RM800,000 kepada RM1.5 juta dan tertuduh perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan setiap 1 hari bulan sehingga rayuan selesai.

Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu memfailkan notis rayuan terhadap sabitan salah serta hukuman penjara dan denda yang dikenakan terhadapnya pada 4 Feb 2021.

Berita berkaitan
Saya doakan Najib dan keluarga tabah, kata Hishammuddin
15 jam lalu· Politik
Asyraf kritik keputusan dalam kes Najib, boleh dituduh hina mahkamah
15 jam lalu· Politik
Ahli perniagaan mengaku tak bersalah ubah wang haram RM2.04 juta
21 jam lalu· Isu semasa
Zahid ajak akar umbi pertahan ‘Raja Media Sosial’ Najib
21 jam lalu· Politik
Popular
Najib, Sungai Buloh jadi trend di Twitter selepas permohonan ditolak
August 16, 2022
Skandal LCS: TLDM kalah bertempur sejak awal, kata bekas panglima
August 15, 2022
Rayuan akhir Najib bermula hari ini
August 18, 2022
Zahid tukar reka bentuk LCS walaupun TLDM tidak setuju
August 17, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Peguam Najib mohon tarik diri
11 minit lalu · Isu semasa
Ringgit, saham dibuka rendah
23 minit lalu · Isu semasa
Sindiket penipuan pembantu rumah ligat ketika krisis Covid-19
2 jam lalu · Isu semasa
3,516 kes semalam, 15 kematian
3 jam lalu · Isu semasa
Rayuan akhir Najib bermula hari ini
3 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Polisi baharu cegah kematian tahanan polis
August 15, 2022
[VIDEO] Himpunan kapal LCS mahu siasatan bukan penjelasan
August 15, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok