Pengurusan masjid tak boleh jatuh hukuman sendiri: Menteri agama

January 15, 2022 · Isu semasa

Tindakan orang ramai, terutama pihak pengurusan masjid, mengambil tindakan sendiri menghukum individu disyaki melakukan kesalahan adalah amat tidak wajar, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Idris Ahmad.

Menegaskan perbuatan mencuri atas apa alasan sekalipun dilarang dalam Islam, beliau berkata perkara itu sepatutnya diserahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya dan pesalah wajar dihakimi seadil-adilnya, lapor Bernama.

Perbuatan orang ramai termasuk pengurusan masjid yang mengambil sebarang bentuk hukuman sendiri terhadap orang yang disyaki melakukan kesalahan adalah amat tidak wajar, katanya dalam kenyataan malam tadi.

Beliau menasihatkan orang ramai termasuk pihak pengurusan masjid agar tidak terjebak dengan sentimen tertentu atau cuba mengambil tindakan sendirian sehingga boleh menyebabkan kezaliman kepada orang yang disyaki melakukan kesalahan.

“Perbuatan merakam gambar orang yang disyaki (melakukan kesalahan) bagi tujuan sebaran awam juga adalah merupakan suatu perkara yang amat tidak wajar,” katanya.

Idris menyeru masyarakat supaya sentiasa cakna terhadap anggota kejiranan dan bersama mengambil peranan dalam mencegah masalah sosial yang berlaku di sekeliling mengikut peranan masing-masing tanpa melampaui had.

Media sebelum ini melaporkan insiden tular menerusi media sosial yang memaparkan tindakan jemaah sebuah masjid memandikan seorang lelaki seperti jenazah selain melumurkannya dengan kapur barus kerana mencuri tabung masjid.

Terdahulu, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menasihatkan semua pegawai dan AJK masjid di Selangor sentiasa bertindak dengan bijaksana dalam semua perkara membabitkan pentadbiran hal ehwal masjid dan kariah.

“Pegawai dan AJK hendaklah sentiasa mengawal tingkah laku serta percakapan dan keputusan yang dibuat perlu dalam semangat mewujudkan posisi menang menang untuk pihak yang terbabit,” kata Pengarahnya Datuk Mohd Shahzihan Ahmad.

Penyebaran video itu tidak membawa sebarang kebaikan kepada kedua-dua pihak, malah mengundang kutukan daripada masyarakat dengan pelbagai komen negatif, selain memberi persepsi buruk mengenai sikap pengurusan institusi masjid.

Difahamkan imam yang turut terbabit mengambil tindakan memandikan ‘jenazah’ remaja berkenaan juga sudah meletak jawatan.

Berita berkaitan
Remaja cuba samun pemandu e-hailing didakwa esok
December 2, 2023· Isu semasa
Kajian Merdeka Center bukti rakyat marah kepada PMX, tahap terburuk: Idris
November 23, 2023· Politik
Apa jaminan kerajaan kenaikan cukai SST tak jejaskan rakyat?
October 25, 2023· Isu semasa
PAS bidas Tok Mat reka naratif palsu, ingatkan sumpah “No Anwar, No DAP”
October 2, 2023· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Iklan ‘duit raya’ GDBET333 dinyahaktif
April 16, 2021
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok