Pengurus anak syarikat TNB tak mengaku kemuka tuntutan palsu RM1,855

April 12, 2022 · Isu semasa

Seorang pengurus sebuah anak syarikat Tenaga Nasional Berhad (TNB) didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan mengemukakan tuntutan elaun lojing dan saraan palsu berjumlah RM1,855, dua tahun lepas.

Norhayati Hamzah, 50, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan utama dan pilihan yang dibacakan ke atasnya di hadapan Hakim Rozina Ayob, lapor Bernama.

Mengikut pertuduhan utama, Norhayati sebagai pengurus di TNB Power Generation Sdn Bhd didakwa telah menggunakan empat dokumen yang mengandungi tuntutan elaun lojing dan saraan palsu bertarikh antara 22 Disember 2019 dan 5 Februari 2020 berjumlah keseluruhan RM1,855 dengan niat untuk memperdayakan Pengurus Jabatan Audit dan Pematuhan di syarikat tersebut, Mohd Kamal Zulkawi.

Dokumen dengan butir matan palsu itu digunakan Norhayati untuk mengelirukan Mohd Kamal sedangkan tertuduh tahu sebenarnya perjalanan dan lojing tersebut tidak dibuat.

Kesalahan itu dilakukan di pejabat TNB Power Generation Sdn Bhd di Bangunan Penjanaan, Jalan Bangsar di sini antara 17 Januari dan 26 Februari 2020.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(2) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai butir matan yang palsu atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika disabit kesalahan.

Wanita itu juga didakwa atas pertuduhan pilihan menggunakan empat dokumen tulen mengandungi tuntutan elaun lojing dan saraan sama yang tertuduh tahu ia mengandungi butiran palsu di tempat dan masa sama mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 465 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Fadhli Ab Wahab menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin serta dua syarat tambahan pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah dan melaporkan diri ke pejabat SPRM berdekatan.

Peguam K Komagan yang mewakili Norhayati memohon jaminan rendah dalam lingkungan RM3,000 hingga RM5,000 atas alasan anak guamnya masih bekerja dengan TNB Power Generation Sdn Bhd dan tidak mempunyai sebarang isu tatatertib dengan syarikat tersebut.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin berserta dua syarat tambahan seperti yang dimohon pihak pendakwaan selain menetapkan 12 Mei depan untuk sebutan semula kes.

Berita berkaitan
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024· Politik
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024· Politik
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024· Isu semasa
Popular
Sime Darby jual syarikat-syarikat Pelabuhan Weifang bernilai RM1.27 bilion
July 4, 2022
Selepas disaman Rafizi kata hanya mahu penjelasan Tuan Ibrahim
January 25, 2023
Jangan sewa akaun bank kepada scammer, elak jadi mangsa penipuan
September 20, 2021
Mahkamah boleh buat keputusan segera terhadap Najib: Peguam
August 21, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok