Pengundian RUU larang tukar parti jadi tumpuan Dewan Rakyat hari ini

July 28, 2022 · Isu semasa

Persidangan Dewan Rakyat hari ini bakal tertumpu kepada ucapan penggulungan dan pengundian bagi Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 mengenai Peruntukan Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, dijangka menggulung perbahasan RUU itu pada jam 2.30 petang, menurut laporan Bernama.

RUU itu memerlukan sokongan majoriti dua per tiga Ahli Parlimen untuk diluluskan di Dewan Rakyat.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat (AUM) dalam laman sesawang rasmi Parlimen, perbahasan bagi RUU itu akan disambung bagi hari kedua selepas sesi soal jawab lisan.

Seramai 41 Ahli Parlimen mengambil bahagian pada perbahasan RUU itu, semalam.

Sementara itu, soalan berhubung pembangunan masyarakat Orang Asli bakal diajukan Datuk Dr Hasan Bahrom (PH-Tampin) pada sesi Waktu Pertanyaan Menteri yang mahu Menteri Pembangunan Luar Bandar menyatakan perkembangan Pelan Pembangunan Masyarakat Orang Asli.

Pada sesi soal jawab lisan pula, Datuk Seri Azizah Mohd Dun (Bersatu-Beaufort) meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan statistik mengikut negeri bagi kes pinjaman wang tidak berlesen seperti along, ‘scammer’ dan judi dalam talian di Malaysia.

Turut tersenarai, soalan Hassan Abdul Karim (PH-Pasir Gudang) kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna mengenai langkah kementerian dalam memastikan bekalan ayam dan telur ayam tidak terputus serta mampu dibeli rakyat pada harga berpatutan.

Selain itu, isu vaksin Covid-19 akan diajukan Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz (PAS-Bachok) yang meminta Menteri Kesihatan menyatakan jumlah kanak-kanak belum menerima suntikan vaksin, dan inisiatif kerajaan bagi memastikan semua kanak-kanak mendapat suntikan vaksin Covid-19.

Persidangan Dewan Rakyat kali ini berlangsung selama 12 hari hingga 4 Ogos depan.

Berita berkaitan
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024· Isu semasa
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Kasut selesa elak sakit kaki
January 24, 2022
Isu LGBT dalam kalangan agamawan rosakkan imej Islam
September 25, 2022
Kes kalimah Allah untuk Sarawak sahaja, Anwar silap: Baru Bian
May 17, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok