Pengundi ditukar kawasan mengundi tanpa kebenaran, SPR buat apa?

October 15, 2022 · Isu semasa

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) menuntut penjelasan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung isu pertukaran kawasan buang undi tanpa kebenaran pengundi membabitkan dua kes di Sabah dan satu di Selangor.

Memetik laporan The Malaysian Insight, Bersih berkata pihaknya menerima beberapa aduan daripada orang ramai yang kawasan membuang undi mereka ditukar tanpa pengetahuan dan persetujuan.

Menurut Bersih, dua pengundi Sabah pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) pada 2018 dan pilihan raya negeri (PRN) Sabah pada 202 membuang undi di Parlimen Tawau dan DUN Sri Tanjung namun kini dipindahkan ke Parlimen Kalabakan dan DUN Merotai.

Di Selangor pula Bersih berkata Timbalan Pengerusi PKR cabang Batu, Rozan Azen Mat Arip juga mendakwa empat pengundi di cabang itu mendapati mereka kini pengundi di Parlimen Gombak, Wangsa Maju dan Kepong.

Bersih berkata daripada hasil siasatan terhadap semua dakwaan itu, tiada seorang pun pengundi  tersebut ada memfailkan permohonan mengubah alamat di bawah Seksyen 12A Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002.

Di bawah seksyen itu, seorang pengundi yang ingin menukar tempat mengundi perlu mengemukakan Borang A yang lengkap kepada SPR bagi menukar alamat mereka

 

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Mana suara DAP, kini sokong cara UMNO kempen beri habuan? soal Tuan Ibrahim
December 8, 2022· Politik
Perikatan Nasional rampas kubu kuat PH di Padang Serai, peroleh 16 ribu lebih majoriti
December 7, 2022· Politik
Walaupun bergabung dengan PH, calon BN menang dengan majoriti tipis
December 7, 2022· Politik
Zahid lulus tiga projek di Tioman, DAP pun sokong juga?
December 6, 2022· Politik
Popular
Bos Mydin jawab idea import telur dicadang Mat Sabu tak masuk akal
December 8, 2022
Bukan RM600 bilion, SPRM sahkan terima butiran daripada MoF untuk siasatan
December 9, 2022
Satu lagi nama kementerian ditukar kerajaan baharu
December 9, 2022
Persatuan bimbang harga simen naik, apa kerajaan PH-UMNO buat?
December 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Satu lagi nama kementerian ditukar kerajaan baharu
10 jam lalu · Isu semasa
Persatuan bimbang harga simen naik, apa kerajaan PH-UMNO buat?
14 jam lalu · Isu semasa
Mahkamah arah Bung Moktar dan isteri bela diri, permohonan semakan ditolak
16 jam lalu · Isu semasa
Bukan RM600 bilion, SPRM sahkan terima butiran daripada MoF untuk siasatan
16 jam lalu · Isu semasa
MetMalaysia keluar amaran hujan lebat tahap bahaya di Kelantan, Terengganu
20 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Annuar Musa, 2 pemimpin wanita sah dipecat dari UMNO
14 jam lalu
[VIDEO] Isu kemiskinan pesawah, aktiviti kartel padi perlu perhatian kerajaan pusat
15 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok