Pengundi baharu 18 tahun di Sabah yang didaftarkan kini 485,939

March 25, 2022 · Isu semasa

Seramai 485,939 orang daripada 5.7 juta pemilih baharu berumur 18 tahun dari seluruh negara yang telah didaftarkan adalah warga Sabah berdasarkan Daftar Pemilih Tambahan (DPT) pertama diwartakan pada 14 Jan lepas, kata Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor.

Beliau berkara pertambahan ini menjadikan jumlah pemilih berdaftar keseluruhan di Sabah meningkat daripada 1,184,415 orang sebelum ini kepada 1,670,354 orang, menurut laporan Bernama.

Hajiji berkata pertambahan jumlah pemilih ini sudah tentu akan memberikan kesan kepada pertambahan jumlah pemilih di setiap Dewan Undangan Negeri.

“Saya percaya semua wakil rakyat berbesar hati menerima pertambahan jumlah pemilih (berumur 18 tahun) kerana ia telah diluluskan sebulat suara di Dewan Rakyat dan Dewan Negara pada 16 dan 25 Julai 2019 lalu,” katanya pada Sesi Libat Urus Pelaksanaan Umur Kelayakan Mengundi 18 Tahun dan Pendaftaran Pemilih Secara Automatik di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan Speaker DUN Sabah Datuk Kadzim M Yahya.

Hajiji berkata, pertambahan jumlah pengundi ini juga sudah pasti menjadikan tanggungjawab wakil rakyat semakin lebih besar.

“Justeru, saya meminta kepada semua wakil rakyat Gabungan Rakyat Sabah (GRS) agar terus berusaha untuk mendekati pengundi muda di kawasan masing-masing dan perbanyakan aktiviti bersama golongan muda, yang akan memberi manfaat kepada mereka,” tambahnya.

Berita berkaitan
Isu air: PMX sahkan permohonan awal RM8 bilion oleh kerajaan Kelantan ditolak
10 jam lalu· Isu semasa
Pengundi Melayu digesa keluar mengundi pada PRN, kata Dr Mahathir
May 30, 2023· Politik
Jenazah pendaki Everest negara selamat tiba di ibu negara
May 27, 2023· Isu semasa
RUU Anti Lompat Parti diluluskan di DUN Sabah, Hajiji lega
May 25, 2023· Politik
Popular
Isu air: PMX sahkan permohonan awal RM8 bilion oleh kerajaan Kelantan ditolak
June 1, 2023
Tiada nama taikun Melayu dalam senarai individu terkaya Forbes di Malaysia
June 1, 2023
Anwar nafi jadi punca kejatuhan nilai ringgit
June 1, 2023
Ringgit jatuh, MP Bachok kata kerana tiada Menteri Kewangan sepenuh masa
June 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kerajaan perlu dedah semua laporan dalam skandal projek LCS, gesa C4
9 jam lalu · Isu semasa
Ringgit jatuh, MP Bachok kata kerana tiada Menteri Kewangan sepenuh masa
10 jam lalu · Isu semasa
Anwar nafi jadi punca kejatuhan nilai ringgit
11 jam lalu · Isu semasa
Tiada nama taikun Melayu dalam senarai individu terkaya Forbes di Malaysia
14 jam lalu · Isu semasa
Teman lelaki bunuh dan bakar kekasih hamil didakwa hari ini
17 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan Nasional tak serang peribadi saya macam PH-UMNO
6 jam lalu
[VIDEO] Khairy akan bertemu Muhyiddin dalam masa terdekat
7 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok