Pengundi 18 tahun boleh jadi pemilih PRU15

April 29, 2021 · Isu semasa

Kabinet bersetuju melaksanakan umur kelayakan mengundi 18 tahun sebagaimana diperuntukkan dalam Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen & Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, persetujuan itu dicapai pada mesyuarat Kabinet pada Rabu.

“Kerajaan amat komited untuk melaksanakan umur Kelayakan Pengundi 18 tahun sebagaimana pindaan kepada peruntukan Perkara 119, Perlembagaan Persekutuan yang dipersetujui sebulat suara di Parlimen secara dwipartisan pada tahun 2019.

“Hal ini telah dibincangkan dan disahkan dalam Mesyuarat Kabinet pada 28 April 2021 dan akan diusahakan agar dapat dilaksanakan dalam tempoh terdekat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, katanya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengambil langkah segera bagi menyelesaikan beberapa perkara berkaitan peruntukan undang-undang tertentu dan perkara teknikal termasuk mengemas kini sistem perisian yang diperlukan.

“Adalah jelas melalui ketetapan yang dibuat ini menunjukkan betapa kerajaan beriltizam untuk memberi peluang kepada golongan muda yang berumur tidak kurang 18 tahun menjadi pemilih dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) mahupun dalam mana-mana Pilihan Raya Kecil dan Pilihan Raya Negeri.

Takiyuddin berkata, kerajaan juga yakin SPR sentiasa bersiap sedia dengan pelbagai persiapan untuk menguruskan proses pilihan raya dari segi logistik, sumber manusia serta penyesuaian berhubung prosedur operasi standard selaras dengan norma baharu pengendalian pilihan raya ekoran penularanCovid-19 di negara ini.

Berita berkaitan
Perjuangan rakyat Palestin berasaskan hak dan kehormatan, bukan dendam dan kebencian
October 29, 2023· Rencana
Penyandang jawatan ’Top 5’ kekal, tiada pertandingan pada Muktamar PAS: Takiyuddin
September 29, 2023· Politik
PMX akan jawab kes rasuah anak murid dihentikan di Parlimen: Laporan
September 18, 2023· Politik
Tolak usul bahas kes Zahid satu keputusan luar tabii: Takiyuddin
September 12, 2023· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Iklan ‘duit raya’ GDBET333 dinyahaktif
April 16, 2021
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok