Pengikut fanatik Najib, Isham Jalil bodoh lupa fakta punca PRN Melaka?

Pengikut fanatik bekas Perdana Menteri, Isham Jalil diingatkan supaya tidak menunjukkan kebodohannya yang cuba mengubah fakta punca krisis politik Melaka sebenarnya berpunca dari pergaduhan sesama pemimpin UMNO sendiri.

Isham yang juga Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor mendakwa Bersatu cuba memecahkan undi Melayu walhal realitinya UMNO yang berebut kuasa sesama sendiri sehingga menjatuhkan kerajaan negeri yang diterajui juga oleh UMNO, tetapi Isham terlalu bodoh cuba mengubah fakta tersebut.

Exco Armada Bersatu Selangor, Khidir Jamil membidas Isham yang dikenali sebagai budak suruhan Datuk Seri Najib Razak supaya tidak menunding jari kepada Bersatu dan mempersoalkan sama ada UMNO layak untuk menerima sokongan orang Melayu lagi selepas krisis di Melaka berlaku?

“Janganlah menuding jari kepada Bersatu sebagai sebab pecah undi Melayu pula, persoalan saya adakah UMNO masih layak menerima undi dari Melayu kerana merekalah punca berlakunya PRN (Pilihan Raya Negeri) Melaka ini.

“Maka siapa punca undi Melayu pecah sebenarnya?” soalnya dalam kenyataan di Facebook membalas kenyataan Isham.

PRN Melaka diadakan susulan tumbangnya kerajaan negeri pimpinan UMNO setelah empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), termasuk dua daripada parti itu, menarik sokongan terhadap Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Empat ADUN berkenaan ialah Datuk Seri Idris Haron (UMNO-Sungai Udang); Datuk Nor Azman Hassan (UMNO-Pantai Kundor); Datuk Norhizam Hasan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu); dan Datuk Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Teluk Mas).

Idris mengetuai kumpulan tersebut yang menarik sokongan dan merancangnya bersama blok pembangkang, Pakatan Harapa negeri itu untuk menjatuhkan kerajaan negeri.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14, UMNO hanya memenangi 13 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, Bersatu yang ketika itu bersama PH menang dua kerusi DUN, manakala PAS gagal merebut sebarang kerusi DUN.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh mengundi PRN Melaka pada 20 November manakala penamaan calon pada 8 November dan undi awal, 16 November.

BERITA BERKAIT
POPULAR